Friday, August 6, 2010

bayar dengan darah

gambar ihsan syeikh google.

bismillah,
ketika perang Yarmuk, orang muslimin diserang dengan dahsyat. tetapi itu tak menghalang 'Ikrimah r.a. untuk menembusi pertahanan musuh. Melihatkan 'Ikrimah dalam situasi yang amat bahaya, Khalid Alwalid bergegas mendapatkan 'Ikrimah dan menyuruhnya berundur. Kata Khalid, "Kematianmu akan menjadi satu tamparan hebat buat orang muslimin,"

Balas 'Ikrimah, "Biarkan aku, Khalid. Selama ni, kau sudah berpeluang untuk sentiasa berjuang di sisi Rasulullah, walhal aku dan ayahku Abu Jahal telah menjadi musuh paling besar baginda. Aku berjuang menentang baginda dalam banyak peperangan. Takkan mungkin aku berundur dari musuh sekarang. Biarkan aku bertaubat untuk perbuatan jahatku di masa lalu,"

'Ikrimah kemudian menyeru muslim lain untuk mara, dan akhirnya syahid di dalam peperangan itu.

Ikrimah membayar jahiliyyahnya dengan nyawa. Kita?
allahummaghfirlana zunubana.

birruh, biddam, nafdika ya islam!

1 comment: