Saturday, August 28, 2010

kakak super

bismillah.

tadi uol terakhir dengan kak dina, kerana ada penyusunan semula usrah. oh sungguh sayu.

tapi penukaran naqibah juga merupakan satu tarbiyyah, tarbiyyah untuk tidak wala'(taat) kepada murobbi, sebaliknya wala' kepada sistem itu sendiri. itu pesan kakak. keberadaan kita di dalam D&T ini, bukan untuk naqib/ah kita, tapi kerana Allah. lepas ini, boleh dapat tarbiyyah dari sudut berbeza pula (lain orang, pasti lain bawaan nya).

maka wasiat-wasiat diberi. antaranya,
1-jaga hubungan dengan Allah, as it will affect you, sooner or later. pasti. maka jaga solat, jaga waktu solat, jaga qiyam.

2-jangan bersedih dengan perpisahan ini, kerana kita tetap berada di jalan yang sama, maka kita sangat dekat! pesanan kakak sangat berbeza dari kebiasaan orang ketika perpisahan. selalunya, pasti akan dipenuhi janji manis untuk 'keep in touch', yang sedikit sukar untuk dipenuhi. tapi kakak telah awal-awal memberitahu kami realiti dan tidak memberikan janji manis.

3-semoga kami tergolong dalam 7 golongan yang akan dinaungi oleh Allah pada hari kiamat, kerana bertemu dan berpisah kerana Allah. kami bertemu dan berpisah, untuk D&T, maka semoga diterima Allah, allahumma aameeen.

Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka jadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara 3:103

4-ada apa-apa perubahan penting dalam hidup, sila beritahu, pesan kakak. oh semoga kakak selamat melahirkan nanti. moga-moga summer tahun depan akan jumpa kakak yang tidak lagi berdua, tetapi bertiga! insyaAllah. ada apa-apa, adukan saja pada kakak. dia masih meminjamkan bahu untuk mendengar dan membantu apa yang boleh.

i will definitely miss you kakak, kakak telah menjaga kiri kanan depan dan belakang saya dengan begitu baik sekali (dengan izin Allah).

oh Atiqah, kau diberi ni'mat dapat kakak yang super, haruslah menjadi kakak yang super juga!

No comments:

Post a Comment