Saturday, August 14, 2010

of basements

bismillah,
3 ramadhan.
perkongsian tentang ramdhan di ottawa, basement rumah(surau) vs basement masjid.
isyak semalam, dila, aku dan awin decided untuk cuba terawih di ottawa main mosque(selama ni di people's basement cum surau sahaja). berbuka jam 815, jam 9 sudah perlu keluar rumah. agak rushing jadinya. malam gelap, maka dalam perjalanan dengan bas, dah cuak dah adakah kami terlepas stop atau tidak.

alhamdulillah, sampai di stop tunney's pasture tanpa sebarang masalah. jumpa seorang kakak yg hendak ke masjid juga. kami bersatu hati mencari jalan. islam memang mempersaudarakan umatnya. tapi dari bas stop, kami tidak tahu hendak ke mana!

alhamdulillah, out of nowhere, nampak seorang makcik bertudung labuh berjalan dengan laju. masing-masing yakin, makcik itu hendak ke masjid juga. maka ikut sahaja makcik itu dari belakang. terima kasih Allah bagi kami penunjuk jalan. sampai di masjid tanpa sesat yang horror. dan subhanallahhh masjid itu sangat besar dan gah! seriously rasa macam wahhh, kenapa aku tak pernah sampai masjid yg ini?

masuk sahaja masjid, hendak naik ke atas, bertembung dengan seorang makcik yang dalam perjalanan turun ke basement, katanya, atas sangat panas. mari solat di basement. alhamdulillah kami diberitahu tanpa perlu bertanya dan experience sendiri kepanasan tu :). (oh masjid tu banyak tingkat untuk bahagian wanita, macam masjid UIA!hee).

sampai jam 1010, imam sedang baca alfatihah. kami sangka mereka dah memulakan terawih. maka kami solat isyak di tepi sebentar. rupa-rupanya, sememangnya imam sedang solat isyak, baru mula pulak tu masa kami sampai.

hikmahnya, dpt tengok seorang budak kecik dengan kakaknya(yang juga sangat muda) solat!dia ikut step by step apa yang kakaknya buat. tiba-tiba, orang yang solat di saf belakangnya menarik perhatian budak kecik tu. maka dia pusing belakang, dan tenung. (tangan masih dalam posisi solat), jadi dia tak perasan kakaknya sudah move on, dan sudah sujud pon. maka dengan comel, dia terus rukuk, dan terus sujud. iktidal dah hilang. kepala masih tertoleh-toleh ke belakang. hehe. subhanallah sangat super comel.

kemudian solat terawih pula. imam baca slowww amat, 2 rakaat pun dah lenguh kaki. (belum bengkak kaki macam Rasulullah lagi, try harder. hehe). tapi, sangat best!sebab dia emphasize each words, macam nak cakap, "silalah faham, silalah focus, silalah dengar apa yang Allah cakap!"

bila terlalai kejap, lenggok bacaan imam sangat memanggil kita kembali. imam ulang-ulang ayat yang best, diam utk beristighfar di ayat yang Allah suruh beristighfar, etc.

solat pula di sebelah makcik tua yang sangat besttt. setiap kali mula solat, tanpa jemu, beliau akan tarik aku rapat kepadanya. bukan sahaja bahu, tapi hampir setiap inci sisi aku bersentuh rapat dengan sisi tubuhnya. sangat best, rasa charge tu mengalir2.

jam 11, kalau di surau, kami sudah memulakan witir. tapi jam 11 di masjid, baru habis 4 rakaat. hehe. dan imam berhenti untuk tazkirah sejenak. and the short tazkirah was about one ayat yang baru dibaca!maka sangat best. rasa penghayatan!

solat diteruskan. selesai rakaat ke 8, budak comel tadi sudah amat gelisah. "just 3 more, can u wait?" kata kakaknya. tapi ternyata budak itu dah penat. hehe. tapi, sangat wellbehaved, tak mengamuk pun.

selesai kesemuanya pada jam 1150. bergegas ke bus stop semula, dan alhamdulillah perjalanan pulang terasa amat singkat :). sampai di heron, teman dila untuk dia tunggu bas ke rumahnya pula. we were only one minute early before the last bus to prince of wales would come, maka risau jika sudah terlepas bas(bas sering awal beberapa minit dari schedule tika summer kerana tak banyak penumpang).

we decided untuk tanya seorang pakcik yang sedang menunggu juga jika dia nampak bas sudah berlalu. berjalan ke arahnya, tiba-tiba nampak ada botol disebelahnya. err, alamak. pakcik ni mabuk ke?cari nahas je mendekati orang mabuk. setelah diteliti, oh, rupanya itu hanya botol sprite. maka tanya, dan alhamdulillah dia baik sahaja memberi jawapan. kami semua sampai rumah masing-masing kira-kira 1240am. kalau solat di surau, 1119pm sudah bertolak pulang ke rumah, tapi ruhnya berbeza. hehe.

it was one amazing experience. pasti hendak ke sana lagi! :) maaf jemaah surau, mengurangkan lagi bilangan jemaah yang sedikit. tapi insyaAllah, ni ramadhan terakhir aku disini, aamiiin inshaAllah inshaAllah. maka mahu collect as many experience possible. walau solat di surau basement berlapik selimut pun sangat best juga :)

bila solat subuh di bilik pagi tadi, terfikir, sangat ajaib kan, solat di tunney's pasture, atau di fisher(lokasi surau), atau di heron(rumah sendiri), atau di gombak sekalipun, kita menghadap tuhan yang sama. childish, i know. tapi rasa sangat ajaib, wallahua'lam kenapa.

9 comments:

  1. rasa mahu kopi pasta letak di blog. hehee. best cara awak cerita. :D

    tapi..tapi.. nak share satu exp jugak. sebab imam tu baca slow, dan siang tu dengar recitation by mishary yang slow juga, maka subuh tadi, flipping through random surah yang pendek and nak baca slow macam mereka, dan cuba fahamkan arabic sikit2. habis baca, baru tgk maksud. Subhanallah.Allahuakhbar.
    surah 73: 4 - 6. =)

    the last word, "childish, i know".. sama seperti the latest blog kita tulis, tapi since blog tu tgh tutup sebentar, mesti awak tak baca lagi. rasa macam ade telepathy childish kita dua ni. :P

    ReplyDelete
  2. atiqahmohammadkhuzainiAugust 15, 2010 at 1:08 AM

    bleh je kopipasta, tapi nak awk nye version gak. hihi. kite tunggu travelog awk dari pagi tadi tau :D
    sbb mesti ada ape yg awk rasa best, tp kite tak notice pun, awk kn comel(ayat bodek, sila paham) :D

    subhanallahhh ayat 6 tu mmg sgt kena dgn imam smlm!suka jiddan!jzkk awkk.

    yep tak baca lagi =.= telepathy childish, haish dah 20++ dah ni. dulu usamah zaid jd panglima perang umur 17 >_<

    ReplyDelete
  3. sesungguhnya, post ni makin semarakkan rasa rindu and nak balik Ncl. huu~
    rasa cam nak balik skang gak.
    tarawikh kat masjid taman ku, a bit weird. buat 10 tarawikh.
    lagi pulak, each solah dah ditentukan surah apa, and it's the same every night.
    diulang-ulang every year yg ku tak paham apa reason dia.
    and I have only one more year (insyaAllah) kat Ncl..
    nak sangat2 stay till the end of ramadhan next year, x nak balik awal, andai umur dipanjangkan sampai saat itu.. ameen~
    wuuu~

    ReplyDelete
  4. atiqahmohammadkhuzainiAugust 17, 2010 at 12:38 AM

    everjihad:summer tahun depan ramadhan di malaysia inshaAllah. summer 2012 dah grad insyaAllah aameeen. doakan2. tp wallahua'lam, tak tahu apa plan Allah :)
    ZS:aameeen.
    farah hanani:thank you amazing host :) all praise be to Allah.

    ReplyDelete
  5. ramadhan mubarak atiqah! dh lama tak singgah sini. rindu nk baca cerita2 from tuan VERB. heh. and seriously enjoy baca ceritera ramadhan korg kt sana. smge sama2 beroleh rahmat dan maghfirah. miss u! take care =)

    Aliah

    ReplyDelete
  6. atiqahmohammadkhuzainiAugust 25, 2010 at 2:53 AM

    aliah:alhamdulillah. take care juga :)

    ReplyDelete
  7. atiqahmohammadkhuzainiSeptember 8, 2010 at 1:37 AM

    http://muis.ismaweb.net/2010/08/perbezaan-niat-makmum-dengan-niat-imam-dalam-solat-berjamaah/

    ReplyDelete