Saturday, August 21, 2010

of iftars

10 ramadhan.
tadi exam dari jam 7pm-10pm, yang melangkaui waktu berbuka. dari minggu lepas lagi, prof kami, yang juga muslim, sudah berpesan, sesiapa yang perlu apa-apa special condition ketika exam dek ramadhan, boleh email beliau awal-awal sebelum peperiksaan. terima kasih prof kerana prihatin!

tadi sebelum mula exam, proctor buat pengumuman istimewa sempena 'breaking fast for ramadhan'. oh aku terasa sungguh special. kami di'acknowledge'! iyelah, di sini kan muslims minoriti, jarang atau tidak pernah polisi digubal khas untuk kami.

arahan beliau, sesiapa yang hendak berbuka, boleh letakkan snek di belakang, dan bila tiba waktu 'sundown', proctor akan umumkan, dan mereka yang berpuasa bolehlah berbuka di belakang. kata tuan proctor, makan di belakang, taklah segan kamu kena makan depan semua rakan sekelas. oh prihatinnya!

nobody responded though. semuanya kelihatan seperti mendengar dengan bosan. hehe. maka proctor tanya, siapa yang akan berbuka? nota:dia tidak tanya 'siapa yang berpuasa?' i find that that is very sensitive of him. iyelah, ada yang muslim tapi tidak berpuasa kan?

habis sahaja exam, keluar dari dewan dan lalu atrium, wahhh! ada iftar jamaie! makanan sudah hampir habis, tapi aku terlihat beberapa kenalan rapat yang sudah lama tidak berjumpa, maka aku singgah sebentar. datang seorang sister menawarkan beberapa biji gula-gula. pada mulanya, aku segan hendak ambil, iyelah, aku tak kenal pun sister tu, tapi dia insist, alhamdulillah rezeki. betapa pemurahnya dia, bagi apa sahaja yang dia ada.

tamat di sini kisah iftar. maaf jika tidak menjumpai apa-apa manfaat.

2 comments:

  1. atiqahmohammadkhuzainiAugust 22, 2010 at 12:46 PM

    aah, nampak mcm org2 msa. tapi tatau daily ke tak. sebab summer kan. tapi dgr2 mcm daily, wallahua'lam.

    ReplyDelete