Tuesday, August 24, 2010

setabah safiyyah

bismillah.
bila tahu ada orang aniaya orang yang kita sayang, ia merobek-robek perasaan, membuak-buakkan rasa marah. tapi safiyyah binti abdul mutallib radhiyallahuanha, dia tenang sahaja melihat jenazah saudaranya saidina hamzah yang dicincang oleh hindun.

"Rasulullah S.A.W. meminta Zubir iaitu anak kepada Safiyyah agar membawa ibunya pergi agar ibunya tidak melihat mayat Hamzah yang telah dicincang itu.

Safiyyah berasa hairan lalu bertanya, " Mengapa? Aku sudah pun mengetahui bahawa dia (Hamzah) dicincang kerana Allah . Adakah kita tidak reda dengan apa yang telah berlaku ? Aku akan menghadapinya kerana Allah dan bersabar, Insya Allah," Setelah dia melihat mayat HAmzah dia terus solat, berdoa dan beristighfar untuknya."-dari kisah sahabat.

semoga Allah pelihara semua orang yang aku sayang, dan semua muslimin muslimat seluruh dunia, especially muslimin dan mujahideen di palestin.

No comments:

Post a Comment