Sunday, August 22, 2010

thabat

bismillah.

*kerana saya perempuan, maka saya think aloud. hehe*

kebelakangan ni, gaya tulisan aku kembali seperti setahun yang lalu. aku sedar, dan aku tak suka. sangat tak suka. but i published those entries anyway, sebab fikir, bukannya orang baca pun. biar ia penanda di mana aku berpatah balik if i never revive(nauzubillahminzalik!).

when a sister said she was actually reading my blog, it was like a wakeup call. ya Allah, kesiannya orang yang baca!what a waste of time untuk mereka. hu.

maka muhasabah balik. ambil wudhu', ambil quran. bila fikir, baru aku perasan, environment aku sekarang sama seperti setahun yang lalu. masalahnya, bukan pada gaya tulisan. tulisanku, hanya reflecting whats inside. astaghfirullah astaghfirullah astaghfirullah.

winter first year.

kadangkala, kita perlu ayat seperti ini:
ya ayyuhal muddathir!qum faanzir!(surah muddathir, ayat 1-2, maaf, malas mahu cek terjemahan melayu yang tepat, sila cek sendiri).

kebelakangan ni, banyak berfikir untuk berhenti. iya, bila susah, kita akan fikir, kenapa aku buat benda ni?kenapa menyusahkan diri sendiri? atau, ayat biasa, 'i can take it no more'. teringat kisah lance armstrong dalam bukunya 'its not about the bike', bila dia mahu quit racing, isterinya tidak kata apa-apa. ikut sahaja. semua orang diamkan sahaja, kerana semua orang tahu he wasn't being himself.

akhirnya, when it was time to wake up, bekas coach dia bawa dia ke sebuah bukit yang sangat best utk cycling, which reminded him why he cycled in the first place. ingatkan balik kepayahan yang selama ni sangat 'zouk' buat beliau. maybe i need that.

or maybe i just need, "Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu, dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan tetaplah bersiap-siaga di perbatasan negerimu, serta bertaqwalah kepada Allah agar kamu beruntung." (3:200).


ya Allah, terima kasih Allah. terima kasihhh. segala puji memang hanya untuk Kau.

a few days ago, four hours before my exam, i had a nervous breakdown. i wasn't hysterical, but i blanked out, and i was reading one same sentence for two hours. padahal nota sudah siap di tangan, memang tinggal revise sahaja. cuak, i texted ummi, who immediately called. ummi tanya, kenapa macam ni. ummi suruh believe in self, baca doa-doa ma'thurat, dan ummi tutup dengan, "Allah ada, acik, Allah ada, bukannya takde!"

I laughed a little, sebab ummi pujuk macam budak kecik. hehe. but alhamdulillah, being reminded that He is close, that very line boosted my spirit, alhamdulillah. maka aku tolak tepi sebentar nota-nota, baca mathurat dengan fokus, fokus setiap ayat dan doa. alhamdulillah that helped.

semoga kita kekal thabat inshaAllah. it is not something yang akan datang bergolek hanya dengan doa dan duduk teruskan hidup seperti biasa. no, you have to put effort into it. Qum!


"Ya Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami dan perbuatan kami yang melampau dalam urusan kami, dan teguhkanlah pendirian kami (dalam perjuangan); dan tolonglah kami mencapai kemenangan terhadap orang-orang kafir." (3:147)

Jauh lagi harus mengejar jika mahu ramadhan ku lebih baik dari tahun lepas. berusaha!!!

p/s:semoga entry ini, walaupun personal, memberi manfaat inshaAllah bagi mereka who are in the same boat.

3 comments:

  1. once u blog, there will be silent readers. trust me, huhu~

    ReplyDelete
  2. salam.

    ok post ini sangat best!
    thnx tiqah! :) :) :)
    there are downs and ups lagi-lagi untuk yang bergelar du'at.
    tapi Allah tu kan sangat Love His penolong agama (mudah-mudahan kita termasuk juga. huhu.)

    semalam dikejutkan dengan ayat "la tahzan innallaaha ma'ana" dan "wa antumul a'launa inkuntum mu'miniin".
    hu.

    mari doakan untuk semua :D
    jzkk sangat ukhti!

    wallahua'lam

    ReplyDelete
  3. You read it's not about the bike! uh oh silent readers. Btw atiqah, ppl look up to u, mesti ada bnyk readers punye.

    ReplyDelete