Monday, August 30, 2010

this is just beyond

bismillah,

negara pakistan di landa banjir. okay, mungkin semua dah tahu. tapi hampir satu negara berada di bawah air, did you know that? ada kampung yang ditenggelemi sehingga 3 meter air. can you imagine? Mohammed Afsar, a professional aid worker said, "I was here 5 years ago during the earthquake, I was in Banda Aceh during the tsunami, recently I was in Haiti - but this is just beyond."

hari ini kalian berbuka dengan apa? nasi briyani?, lauk dua tiga jenis, kuih beberapa jenis, cendol, bubur lambuk, dan segala bagai? bandingkan dengan iftar mereka pula. "Barangsiapa memberi makan kepada orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa mengurangi sedikit pun dari pahalanya.” (HR Ahmad dan Tarmizi)

baru ini, salah seorang sukarelawan di pakistan terjumpa icebox yang hanyut di dalam banjir. dia pun ambil, dan memandangkan icebox itu berat, dia buka. tahu apa ada di dalamnya? make a wild guess.

yes, its a baby, approximately one month old. alive, alhamdulillah. i can't imagine the condition the mother is in, to be able to put 100% trust in Allah and sailed her son. entah hidup lagi atau entah tidak ibunya. wallahua'lam.

kita sering dengar kisah terkenal, pelacur dijanjikan syurga kerana memberi minum seekor anjing kan? kerana banjir juga, bekalan air pakistan jadi sangat tercemar dengan mayat dan bangkai haiwan, maka tidak boleh diminum. agak-agak, kalau kita beri minum pada manusia, dan saudara muslim kita dengan seikhlas-ikhlasnya, apa ya ganjarannya? wallahua'lam. mari ikut jejak langkah saidina uthman yang membeli telaga untuk keperluan umat Islam.


and it is still raining in Pakistan.

donate here, and grab the 70times rewards this ramadhan: canada, USA, UK, malaysia(klik borang penyertaan), and other countries.

p/s:kisah2 diatas bersumberkan talk di sini

1 comment:

  1. Ya Allah betapa kita amat pentingkan diri sendiri. Balik malaysia, kita still rasa terputus dengan bekalan2 berita. tahu pakistan banjir tapi untuk bayangkan lebih teruk dari tsunami, and haiti itu...... huuuuu. thanks! bukakkan mata kita sikit.
    =(

    ReplyDelete