Saturday, September 4, 2010

cakap tak serupa bikin

bismillah,
ayat ni sungguh terkenal. tapi kita selalu kecilkan skop ayat ini. kita anggap, 'mengatakan sesuatu' itu hanyalah merujuk kepada menasihati orang, atau juga dikenali sebagai dakwah.

tapi jangan lupa, ada juga kata-kata lain yang turut di ambil kira.
maksud:"sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku, untuk Allah, tuhan sekalian alam"

benarkah hidup mu untuk Dia semata?bukan untuk dapat ijazah, untuk capai pekerjaan impian, untuk balas jasa orang tersayang? benarkah?

yang disebutkan itu bukan tidak boleh, cuma semuanya perlu kembali diniatkan lillahi taala.

maka siapa yang menggunakan dalil as-saff ayat 2-3 untuk diam membisu to be on the safe side, jangan baca doa iftitah selagi belum dipraktikkan dalam kehidupan. boleh ke deduce begitu?hehe.

moga Allah pelihara aku dan kamu dari golongan yang amat dibenci Allah ini. huk!
-as reminded by kak shahira.

1 comment: