Sunday, September 12, 2010

imagination

bismillah,

"when we learn how to die, we will learn how to live," Morrie in Tuesdays with Morrie the movie.

cuba pejam mata, dan bayangkan kita berada dalam kubur. dibalut kain kafan, dikelilingi tanah dan tanah semata-mata. what do you see?nampak cahaya kah menerangi kubur? luaskah kubur anda? atau sempit, dan dihimpit lagi dengan binatang buas dan berbisa? fikirkanlah mulai sekarang, apa yang anda mahu menemani anda di dalam kubur nanti.

di syurga nanti, anda (inshaAllah) akan bersembang dengan malaikat tentang amal anda di bumi. fikirkan isi perbualan anda dengan malaikat. amalan manakah yang akan diceritakan? ada kah topik untuk dibualkan?

allahumma inna nas-alukaljannah! allahumma inna nas-alukaljannah! allahumma inna nas-alukaljannah! wana'uzubika min sakhatika wannar.

12:101 tawaffana musliman wa alhiqna bissolihin (matikanlah kami dalam keadaan muslim, dan gabungkanlah kami dengan orang-orang soleh).

No comments:

Post a Comment