Friday, September 3, 2010

it's ramadhan

bismillah.
beberapa cerita, moga-moga bukan sekadar cerita.

1.kebelakangan ni, kerap benar ke airport, menghantar orang pulang, dan menjemput yang datang. di alam mana-mana pun, yang patah tumbuh hilang berganti. hehe. itu janji Allah bukan? kamu tak buat, Allah ganti dengan better people, in the end kamu yang rugi sebab melepas peluang pahala. tapi kawan2 yang pulang, mereka itu irreplacable lah di hati saya. :D

kembali ke cerita. one of the days, kami ke airport di awal pagi, maka kami perlu subuh di airport. di airport ottawa ada multifaith prayer room, maksudnya, gereja dan surau dalam suatu bilik yang sama. yang bestnya, kiblat betul-betul bertentangan dengan salib besar di dalam bilik itu. rasa puas sungguh sujud dengan membelakangkan salib. bagai mahu berkata, see, aku tak sembah engkau! imam pula membaca alkafirun. terasa penghayatan "wa la ana 'abidumma 'abadtum" dan "lakum deenukum waliya deen".

tapi itu mudah. sekadar gerak fizikal, apalah maknanya. sejauh mana cara hidup kita menjauhi kehidupan mereka? couple lepak pergaulan tanpa batas, sekadar naming a few. atau sama sahaja kita dengan mereka, cuma dibezakan dengan kain tudung dan solat ayam patuk padi kita?nauzubillah nauzubillah nauzubillah. setuju benar dengan notion: remaja zaman sekarang too busy conquering spain via nintendo, atau mungkin lebih up to date, starcraft.

2.tadi pula, bawa juniors yang baru sampai membeli barang di walmart. mereka sudah kehabisan wang tunai, maka mereka guna travellers cheque(sebab memang nak convert t.cheque kepada cash). cashier pula tidak tahu bagaimana hendak proses t.cheque, maka mereka terpaksa tunggu manager datang.

sementara menunggu, seorang pakcik dari queue kaunter sebelah bertanya cashier, 'apa masalah mereka'(pointed to us). maka cashier pun menerangkan yang kami hendak guna t.cheque. pakcik tu tanya kami, kamu memang takde cash ke?kemudian jeling2 barang di atas kaunter, 'ini sahaja ke barang kamu?'.

tiba-tiba, dia beritahu cashier, 'i'll pay for these'(tunjuk barang kami, dan keluarkan dompet). cuak, aku terus ke hadapan, dan tolak dengan baik dan bersungguh-sungguh. iyalah, siapa orang ni, apa dia nak? saya kata, takpe2, saya yang akan bayar. the cashier mouthed to us, "say NO! DO YOU KNOW THIS GUY?" kami membuat isyarat tidak, dan sebenarnya tercengang2 juga.

pakcik itu kata, "it's okay, it won't be a problem.", dan bila kami masih menolak, dia menerangkan, "it's ramadhan".

"it's ramadhan". the two words explained everything. ketika itu, baru aku faham. muslim rupanya. mungkin dia mahu rebut peluang pahala memberi makan kami yang berpuasa, dan nampak sangat pendatang. dia tak lepaskan sebarang peluang yang ada. subhanallah, wallahuakbar! hebatnya semangat dia. mahu pinjam semangat dia!

dan ketika itu, aku sangat 'izzah dengan islam. persaudaraan antara muslim tidak mengenal sempadan negara dan kepentingan materialistik.

15 comments:

  1. mashaAllah. it shows that a muslim is brother to another muslim kan? mulianya seorang pakcik 'belanja' org berpuasa. kagum! subhanallah.

    agak2 kalau kat mesia ada tak org nak buat mcm tu?huu.

    ReplyDelete
  2. [Like This One!]

    MashaAllah!

    waah,kagumnya ana :D

    cuma masa nt tolak mula2 tu,apa yg nt fikirkan?maksudnya kenapa menolak?

    ReplyDelete
  3. atiqahmohammadkhuzainiSeptember 3, 2010 at 9:26 AM

    kaksyaz:kite lah kot yg kena start :)
    nad:er, sebab tak mahu berhutang budi dgn org yg tak kenal, takut sbnrnya, tiba2 keluar kedai dia paksa ikut ke, sbb dia dah tolong. (tgk byk sgt movie kot ni. hee).
    lgpun ana mmg ada je duit n blh je tlg adik2 tu.

    ReplyDelete
  4. 1st, solat kat airport ottawa yang every bucu2 tu kan? baguslah, dapat solat berjemaah. sebab terbayang, sorang2 kene solat each bucu bertangga2 tu... macam asing sikit.

    2nd, bestnya bila rasa muslim itu bersaudara =) it's ramadan. subhanallah. tiba2 terfikir nak buat satu projek, 'kita bersaudara' kat malaysia ni.. hueh. sebab rasa sangat2 asing di negara sendiri. senyum dan salam pun tak dibalas.....sedih. :(
    apa2 pun ia bermula dari kita. =)

    3rd: tahniah kakak penyayang bawak adik2 shopping... ngeee~

    ReplyDelete
  5. atiqahmohammadkhuzainiSeptember 3, 2010 at 10:46 AM

    dila:ktrg tolak 'mimbar' yg ada bible tu. so muat je jemaah :D
    n yes, sgt rasa asing dekat mesia. taun lps balik dah culture shock. tataulah next year mcm mana pulak. so byk kerja ni :)

    ReplyDelete
  6. reason yg pakcik tu bagi simple tapi mmg sgt2 bg effect lah.. terdiam sekejap bile bace cerita ni.. :)
    p/s: did i ever mentioned i love u atiqah? hehh..

    ReplyDelete
  7. BESTNYAAAAAAA orang tu baik sangat!
    Sementara tengah topic the spirit of Ramadhan, nak share ni heh:
    http://www.boston.com/bigpicture/2010/08/ramadan_2010.html

    Ramadhan from a global perspective :) Although your story takdelah se-exotic (maaf, hehe) these photos tapi sangat2 boleh rasa the spirit of Ramadhan thru that guy's actions.

    ReplyDelete
  8. atiqahmohammadkhuzainiSeptember 3, 2010 at 4:47 PM

    sarah:terharu2 :') i love u moreeee lah sarah!
    fana:thank youuu fana<3! yep yep lovely pictures!

    ReplyDelete
  9. salam,

    inspiring, mohon izin share ya thanks so much

    ReplyDelete
  10. atiqahmohammadkhuzainiSeptember 3, 2010 at 11:35 PM

    melatiblossoms:sila2.

    ReplyDelete
  11. sama macam ummi (melatiblossoms), mahu SHARE!

    <3

    it's ramadhan :)

    ReplyDelete
  12. Thanks dear, share on my facebook. :)

    ReplyDelete
  13. subhanallah!
    susah juga nak tau someone tu muslim/tak kan generally in the West. esp bila takda tanda2 (kopiah etc) tapi Islamnya blh dilihat pd actions and this, should be the boldest alhamdulillah :)

    ReplyDelete
  14. kita ketinggalan sikit, baru sekarang sempat nak bloghop.
    tapi best lah post ni. and the comments as well. subhanAllah mashaAllah, it's ramadhan!!!! subhanAllah subhanAllah

    ReplyDelete