Monday, September 6, 2010

ithar

bismillah,
ketika itu, dia keletihan fizikal yang amat sangat, dek tidur hanya 2 jam malam sebelumnya. letih sungguh dia, hingga tertidur sebaik sahaja duduk di bilikku. aku pula, keletihan emosi yang amat, tanpa sengaja, lebih banyak berdiam.

walaupun penat yang tersangat, dia masih mampu mengesan perubahan emosiku, lalu di tanya, dipujuk. aku cuba sedaya upaya memaniskan wajah, dan menceriakan emosi. namun dia tetap dia. prihatin, dan risau.

kemudian, aku pula capek fizikal, dek kurang tidur juga. maka sakit kepala. dia pula sibuk menguruskan benda-benda penting. dia sungguh sibuk, dan sangat merisaukan sebenarnya (masa untuk menguruskan sangat suntuk). tapi melihatkan aku sakit kepala, dia terus tinggalkan kesemuanya, cari minyak panas, dan mahu picit kepalaku.

aku berkeras menolak, menyuruh dia meneruskan urusannya. dia tak mahu dengar. setelah dipujuk, dan diberi alasan rasional, baru dia dengan pasrah, menurut.

dari kamu, aku belajar tahapan ukhuwwah tertinggi, iaitu ithar. aku sayang kamu.

p/s:budak comot tu tak baca blog ni. hehe.

No comments:

Post a Comment