Tuesday, September 28, 2010

jutaan lemon alasan

bismillah,

kamu mungkin punya berjuta juta lemon alasan.

sedang buat overload akademik, mahu fokus pada pelajaran setelah amaran penaja MARA/JPA, sudah overload d&t juga dengan amanah 3-4 usrah, berseorangan di waqi, tiada support sistem, dan sebagainya.

tiada siapa kata alasan anda tidak valid. tidak!kami tak deny betapa kukuhnya excuses di atas.

tapi, orang yang hebat tidak beralasan bukan?

nabi musa, tidak beralasan bila takut hendak bersemuka dengan firaun, walau baginda alaihissalam tidak fasih berkata-berkata. instead, he prayed to Allah that He rewards him with nabi harun, dan bersenjatakan doa 'rabbishrahli sodri...' yang orang mu'min baca setiap kali belajar itu.

tidak menggunakan alasan untuk lari. tapi tajdid niat, acknowledge permasalahan-permasalahan itu, dan pinta pada Dia.

1 comment: