Saturday, September 11, 2010

post raya

bismillah,

Izzah buat kerja hingga lewat malam. sedar sedar, sudah pukul 1 pagi. astaghfirullah! macam mana nak bangun awal ni?
-oh, tapi mujurlah ramadhan dah habis, tak perlu bangun sahur pun.
+er, tapi apakah tidak perlu qiyam lagi di luar bulan ramadhan?

Izzah hendak keluar rumah beraya. dia jeling quran terjemahannya.
-hurm nak bawak tak?eh tapi buat berat je, bukan baca pun nanti sibuk berziarah.
+er, habis ramadhan tilawah tidak perlu struggle sehabis daya untuk habiskan 1-2 juz sehari lagikah?

Izzah beristighfar banyak-banyak, dia sudah merasai tipu muslihat syaitan, hanya beberapa jam selepas ramadhan berlalu.

nama Izzah sangat random, kerana aku sangat mesmerized dengan kelebihan sifat 'izzah.

2 comments:

  1. subahanallah, post yang ringkas tapi berisi. salam perkenalan

    ReplyDelete