Monday, September 27, 2010

songsang

bismillahirrahmanirrahim,

niat yang songsang sangat melelahkan.

oh, berbicara pasal niat lagi, sudah bosan mungkin kita mendengar hadith 1 dari hadith 40 di ulang2.

semua yang kita buat, kalau niat songsang, by songsang i mean, tidaklah salah, tapi sedikit kurang fokus, sangatlah melelahkan jiwa.


jika kamu lakukan ini untuk UA, kamu akan mudah kecewa kerana tidak sempat melihat dinosaur habis ditanam. dan imam hassan albanna bagai menambah garam ke luka anda, dengan berkata, "tiada apa yang kita sumbangkan sebenarnya..."(Himpunan risalah HAB).

kalau kamu lakukan ini untuk berada di kalangan ukhuwwah yang mantop supaya imanmu terjaga, iman kamu ngat fragile bila tidak bersama mereka.

impianmu untuk menarik orang-orang yang kamu sayang ke arah redhaNya tidak salah, cuma dibimbangi kamu akan lelah bila di uji dengan ujian nabi nuh alaihissalam.

andai peng-islahan masyarakat sekitar yang menjadi concern, akan tiba waktu kamu frust dan berkata, "ah, orang lain tidak peduli, why should all the burden be on me alone?orang lain boleh rileks fokus pada studi, aku mahu fokus juga!".

meringankan perjuangan akhawat atau ikhwahmu yang tercinta adalah niat yang mulia, tetapi apa terjadi apabila emosi dan spiritualmu tidak cukup tinggi untuk kamu istiqamah dalam ithar?

ini mungkin hanya masalah semantik(penamaan), dan juga sangat hypothetical, wallahua'lam. mungkin kamu ada pengalaman tersendiri?

niatlah kerana redha Dia semata, pasti kamu tak akan kecewa, kerana dengan radhiyatanmardhiyyah sahaja kita boleh menjadi hambaNya yang paling bahagia(89:28-30).

dengan niat yang betul, terwujudlah mas'uliah fardhiyah, yakni mampu meneruskan amal tanpa disuruh sesiapa, yang berhubung rapat dengan sekadar mana seseorang mengharapkan akhirat. (buku Adab-Adab usrah Ikhwan Muslimin).

semoga Allah terima amal dari kami dan dari kamu.

akhir kata, jangan harap ini semua bisa menjadi alasanmu untuk tak berkecimpung, kerana

2:42, 3:71. gambar mestilah ihsan syeikh google.

2 comments:

  1. http://mumtazahmaridi.blogspot.com/2010/09/pengangguran-dalam-dakwah.html

    ReplyDelete