Sunday, October 3, 2010

aku darah anak melayu

bismillah...

"Siapa yang mampu menjadikan kami ini ateis? Kami ini orang Islam yang berdarah Turki. Kalau mereka memotong urat saraf kami akan keluar darah yang mengatakan kami ini bangsa Turki yang berpegang teguh dengan ajaran Islam. Setiap degup jantung kami juga mengulangi yang kami ini warga Turki muslim sejati. Tidak seorang pun yang mampu menipu kami, ayah!"

balas si ayah, "...Dengar sini baik-baik. Keturunan sama sekali tidak mampu melindungi seseorang itu daripada kesesatan buat selama-lamanya. Keyakinan pada diri sendiri tanpa pedoman akan menjerumuskan seseorang ke dalam lembah kebinasaan."

and true, keturunan tidak dapat menyelamatkan aqidah. kita selalu rasa complacent sebab kita melayu dan melayu majoriti muslim kan? melayunya anda tak menjamin anda adalah muslim sejati.

si anak dalam cerita ini akhirnya murtad dan menjadi atheis selepas beberapa ketika di brainwash.

quotes adalah dari Weil China, novel bahasa turki tulisan Emine Syenlikoglu yang dialih bahasa ke bahasa melayu dan diterbitkan oleh PTS.

saya rasa semua pemuda pemudi melayu patut baca buku ini. i see malays nowadays when the author described the Turkish people back then.

2 comments:

  1. atiqahmohammadkhuzainiOctober 5, 2010 at 7:57 AM

    u should. sila dtg ottawa dan pinjam buku kita. hehehehe~

    ReplyDelete