Saturday, October 16, 2010

kelas, guru, dan subjeknya.

bismillah,

kelas physical electronics. gurunya sudah penuh uban putih. tua. matapelajaran pula agak bosan. mungkin kerana bila disebut electronics, pelajar expect pengiraan, circuit analysis, dan semua laws yang menarik. salah sama sekali.

pelajar ada yang termenung dan menguap. ada yang sudah tidur terus. ada pula yang khusyuk, doodling. ramai yang ponteng kelas.

salah cikgukah kerana dia tua?

atau salah subjek itu sendiri?membosankan. siapa mahu tahu chemistry dan 'physiology' alat-alat elektronik?
wafer

despite the boringness of the class, ada seorang pelajar, yang sentiasa semangat dalam kelas tu. tanya soalan untuk tahu lebih mendalam. gelak bila prof buat lawak(yes, orang lain tak gelak). ada pula yang khusyuk menyalin segala-galanya. menghadam segala-galanya.

di dalam setiap tarbiyyah, pasti ada yang tercicir, ada yang makin melaju. adat. tidak semua akan melaju dan terbina. sudah sunnatullah.

untuk mutarabbi: its how you decide to take it. setiap sitting usrah, ada yang merasakan sitting itu adalah yang paling boring dia pernah hadir. ada pula yang merasakan sitting itulah yang paling membasahkan iman. berusahalah, dan rayu pada Dia agar berikan kau hidayah. sama-sama lah kita.

untuk murabi: jangan syok sendiri. jangan pula yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. usaha sekuat nabi nuh. da'wah tak perlukan kita, tanpa kita pun, UA akan tercapai, kerana itu janji Dia. tapi kita yang perlukan da'wah. kita yang tak mahu terlepas kereta api, mahu menjadi di kalangan yang membebaskan. mahu shortcut dari tidak mahu azab. (61:10-13)inshaAllah.

No comments:

Post a Comment