Friday, October 22, 2010

manja vs garang

bismillah,

lain orang, pasti lain pembawaannya. ini kisah tentang dua orang kakak, MS, dan MN. seorang memanjakan, seorang lagi sangat garang.

aku tak ingat bagaimana aku kenal MS. apa yang ku ingat tentang dia, hanya memori2 indah pertemuan kami. dia sangat sangat memanjakan kami. mood automaticly uplifted bila nampak dia. dia akan greet dengan sangat warm, peluk, cium pipi, tanya khabar dengan muka sangat berminat, dan beri nasihat-nasihat peribadi.

ada masanya aku tidak outspoken, sampai menimbulkan rasa tidak puas hati sisters yang lain. MS akan paut bahu mereka, senyum, dan kata, 'jangan paksa, biarkan dia'. sering sahaja bila aku dipaksa, aku akan pandang dia mengharapkan dibela. hehe. dia akan senyum memandangku.

pelangi pun ada penghujungnya. tiba masa, dia harus meninggalkan kami kerana tamat belajar. aku kata pada seorang sister, "siapa yang dapat gantikan MS?i doubt anyone can replace her".

penggantinya, MN. garang. pertama kali dia menegurku, dia tanya, kamu barukah di sini?siapa nama? dia memperkenalkan namanya, dan terus meminta aku menjadi salah seorang penyokongnya untuk dia bertanding satu jawatan di tempat kami.

reaksi aku, wah boldnya sister ini! dia memang berani. dia berbicara tentang imam hassan albanna dalam perjumpaan yang sangat umum. dia bedah doa rabitah dengan sangat cantik sekali. aku mula sayang padanya bila ku dapat tahu wasilah kami sama. tajmi', DF, usrah, muayyid...

tapi dia sangat garang. many times during the year, aku lari dari jumpa dia. tambah-tambah, bila ada sesuatu yang dia mahu buat, tapi aku tak mahu dan aku tiada alasan.

pernah dia bermusafir jauh, dan lama. tapi dia tidak lupa padaku. dia email, minta tolong. aku balas, 'anything for u, kak.' ya, aku yang sama, yang lari dari dia suatu ketika dahulu. kata dia, tolong pergi program sekian sekian. it turned out to be mukhayyam penggerak. di sana, aku hanya tersenyum, bersyukur kakak ini sangat memikirkan peningkatan tarbiyyahku. walau aku tidur sepanjang slot rancang planat. lol.

garang-garang dia, dia jugalah yang membalut kakiku ketika bengkak kerana bola. dia jugalah yang buat ais, dan di tengah malam meletakkan ais di kakiku. senyum dan pelukku setiap kali berjumpa.

kerana kegarangan dia, attendance aku ke program tahun itu, naik mendadak, berbanding ketika aku di bawah kakak MS (hanya sekali aku ke program tika itu, lol). dengan dia, aku benar-benar rasa di jaga tarbiyyahku, aku bersyukur, kerana kegarangan dia, membentuk aku.

i see my own struggles when i look at her. kerana aku mengerti apa yang dia cuba perjuangkan. mungkin kerana itu, aku sayang dia sungguh.

ini adalah dari kaca mata seorang mutarabbi. kadangkala kita mahu di manjakan, tapi yang sebenarnya kita perlu di disiplinkan dengan garang.

3 comments:

  1. off topic.
    ok, nak jadi garang!

    *boleh ke2??* hep, jangan gelak.
    Mahu garang pada diri sendiri agar lebih disiplin.

    ReplyDelete
  2. Tapi manusia selalu nampak positif dalam perkara yang "manja" tu. Lumrah manusia, nak response positive je setiap masa.

    Biasalah. Manja, kita suka. Garang kita benci.

    Ada sebab kenapa pepatah melayu kata, sayang anak tangan-tangankan.

    ReplyDelete