Sunday, October 31, 2010

Snow 24:43

Di bawah deburan emputih, karya muharikah dalam 'Al-Andalus menangis' terbitan GKLN(dipinjamkan oleh budak comot).


Salji itu mengajarku

Erti keputihan, kedamaian dan kesucian,

Manusia bergembira tatkala butiran ais itu berguguran

Walau kesejukan tetapi semua itu tidak dipedulikan



Mengapa manusia menyukainya?

Asalnya manusia menyintai keputihan

Putih itulah hati manusia

Dahulunya sebelum kelahiran

Apabila mula bertatih di atas bumi

Bermula episod-episod lopak dalam dirinya.

Benar salji itu menjadi kotor bila dipijak

Salji itu cacat jika sudah bersentuhan

Begitu jugalah hati manusia

Cacat dan kotor jika terdapatnya palitan.

Namun , tidak pantas manusia menyedari

Sesukanya mereka pada keputihan salji

Tidak sepantas itu mereka mahu memutihkan hati.



Hakikatnya hati manusia seperti salju itu.

Putihnya cuma sementara,

Tatkala hujan mula menuruni

Dan hawa panas mula menyerapi,

Encerlah ia,

Hilanglah ia bersama angin yang bertiupan,

Banjirlah jalanan dan lecaklah permukaan,

Kesukaan melihatnya cuma sementara

Seterusnya haba yang dinanti-nanti.



Hati turut seumpama itu

Jika putihnya sementara

Tentulah kedamaiannya begitu jua.

Hakikatnya manusia mampu memilih,

Untuk kekal seputih salju

Atau menjadi lopak-lopak di jalanan.


p/s:ottawa sudah snow secara bersungguh. eventhough i dreaded its fall, tapi bila tiba depan mata, jatuh hati entah buat kali ke berapa. robbana ma khalaqta haza batila. subhanak!(Tuhan kami, tidaklah Engkau ciptakan ini sia-sia, maha suci Engkau). faqina 'azabannar. (Dan jauhkanlah kami dari azab neraka)
pp/s:sila lihat 24:43!
ppp/s:i typed this months ago, on august 8 2010, and set it for autopost on 30th october, just a random date. tengok2 memang the first real snow fall mmg jatuh pada 30 oktober!subhanallah, subhanallah.

2 comments:

  1. Subhanallah! dan gambar tu. rindu!

    ReplyDelete
  2. subhanallah. this is a beautiful post. and the coincidence (date yg kau set) is just dot dot dot. (takleh nak describe) haha

    ReplyDelete