Monday, November 15, 2010

bismilah.

hari tu terbaca tulisan seorang ukhti tentang infaq. katanya, kalau infaqkan benda yang kita tidak suka, sama sajalah dengan membuangnya ke dalam tong sampah. maka infaq yang lebih baik, adalah menginfaqkan benda yang kita sayang, yang susah betul untuk kita dermakan.

"Sekali-kali belum sampai pada kebaktian yang sempurna sebelum kamu menafkahkan sebagian harta yang kamu cintai." (Ali Imran:92)

sepanjang membaca, ammar muzakkir di kepalaku. bagaimana kalau Allah menguji dengan mengambil ammar? dia antara harta yang paling kami sekeluarga cintai. terfikir macam tu, mungkin sebab ammar dah tiga kali hilang.


kini baru boleh appreciate besarnya jiwa khansa' binti amru r.a. nampaknya belum mampu jadi khawlah binti azwar, yang mengetuai muslimat madinah menghalau tentera muslimin yang merupakan suami dan anak-anak mereka supaya kembali meneruskan jihad, ketika mereka berundur kerana diserang teruk tentera rom.

perbuatan mereka, lahir dari iman yang menggunung tinggi. maka mari bina iman, supaya boleh membina jiwa sehebat mereka!

2 comments:

  1. eh, ammar pernah hilang?
    baru-baru ke dah lama?

    cuma Allah lah sebaik2 al-Waliyy untukammar dan kita semua

    ReplyDelete
  2. atiqahmohammadkhuzainiNovember 20, 2010 at 11:23 PM

    utrujah:wah lama tak dgr berita dr asma'!!!
    baru2 ni, tapi selamat alhamdulillah, itulah, Allah sebaik2 al waliyy. :)

    ReplyDelete