Tuesday, November 9, 2010

bismillah,

kami sedang berwudhuk di tempat ambil wudhuk di tandas. tiba-tiba ada canadian masuk, dan mula membebel. nadanya sungguh lembut, tapi pemilihan kata-katanya agak kurang sedap didengar. dia membebel kerana countertop sinki basah.

tak pasal2 seorang perempuan muslim yang sedang berada di sinki kena fire walhal dia baru sahaja masuk tandas.

aku dan temanku berpandangan, agak panas hati dimarah tidak tentu fasal. dia jenguk keluar, melihat yang membebel itu non muslim, dia terus tersenyum. dan bisik padaku, "its the first ten days of zulhijjah, lets be patient!"

seorang sahabat melayu ku masuk, dan tanya apa yang terjadi, kerana dia boleh dengar dari luar. aku mula menceritakan apa yang sedang berlaku kepadanya di dalam bahasa melayu. temanku mengulangi peringatan itu lagi, sambil tersenyum, "its the first 10 days of zulhijjah, lets be patient!"

sejuk hati, dia benar-benar menghayati. :)

mari jadikan sepuluh hari zulhijjah yang sangat special sampai di mention dalam quran ni a stepping stone to a better us! :)

6 comments:

  1. sahabat yang masuk tu baru ceritakan pada kita tadi. hoho.
    thought anda mahu tulis about respect. Suka bila sahabat tu cakap yang the non-muslim respect kita amik wudhu, so, we should respect them too. Keringkan countertop sinki tu (peringatan utk kite yang kadang2 je buat..ikut mood.huuu)
    bersih sebahagian dari Iman. it's zulhijjah, 'top up' Iman dari segala sudut. hee.. inshaallah.

    ReplyDelete
  2. Abu Bakr b. Abdullah berkata:
    1. Apabila engkau melihat orang yang lebih tua umurnya darimu, katakanlah,
    “Orang ini sudah mendahului aku dalam beriman dan beramal saleh, dia tentu lebih baik dari aku.”
    2. Apabila enngkau melihat orang yang lebih muda umurnya darimu, katakanlah,
    “Aku telah mendahuluinya dalam berbuat dosa dan kemaksiatan, tentu dia lebih baik dari aku.”
    3. Dan apabila engkau melihat sahabat-sahabatmu menghormatimu dan memuliakanmu maka katakanlah,
    “Ini adalah keutamaan yang diperhitungkan nanti,”
    dan kalau engkau melihat mereka kurang mmenghormatimu, maka katakanlah,
    “Ini adalah akibat dosa yang aku perbuat.”

    barakallahufeek ukhti.

    p/s: bila nk datang uk lagi? :)

    ReplyDelete
  3. atiqahmohammadkhuzainiNovember 11, 2010 at 6:55 AM

    aisyah:jazakillah aisyah!
    southgate:mari projek bina iman?hu.

    ReplyDelete
  4. ada terbaca dekat blog sorang sister..versi lain sikit dia touch tentang sabar.

    kamu sudah bosan ya dengan “sabar” itu? Saya mahu cakap lagi dan lagi. “sabar,sabar,sabar” :) manusia itu lemah, yang kuat itu Dia. Jika manusia itu kuat, maka itu pasti pinjaman dari Dia buat manusia yang sungguh-sungguh mohon kekuatan dari Yang Kuat itu. Jika kamu rasa kamu teruk diuji, kembali yakin dengan kalam Tuhanmu, Dia kata Dia tak kan uji kamu dengan sesuatu yang kamu tak mampu tanggung. Jika kamu rasa kamu penat dengan ujian itu, lihatlah sekeliling kamu, sebenarnya hamba-hambaNYA yang lain juga sedang diuji. Cuma, cara diuji itu mungkin berbeza dan hamba-hamba yang lain itu mungkin tidak pernah bercerita kepada kamu. Beruntunglah kamu dipilih untuk diuji kerana Tuhan ‘nampak’ kamu. Senyum ya untuk itu :) owh ya, rasa berat hendak hadam semua ini? Tidak mengapa, cuma kembali kepada fitrah, duduk dekat2 dengan Dia ya, di situ pasti ada apa yang kamu cari :)

    http://mujaheedah90.blogspot.com/2010/10/notasss.html

    ReplyDelete
  5. nice, i like! jzkk ain, blh buat bkl dikala perlu :))

    ReplyDelete
  6. eh, sukaaa. w/pun situation nya berbeza, tapi sangat kena sekali. huu.

    ReplyDelete