Tuesday, December 14, 2010

ctrl + r

bismillah,
Allah banyak bagi peluang untuk kita klik button refresh (ctrl+r). awal muharram yang bakal menjelang 3 hari* lagi, bulan ramadhan, 10 hari awal dzulhijjah, setiap jumaat, bahkan 5 kali dalam sehari, dalam solat kita. perbaharui azam, perbaharui syahadah, refresh.

bila hujung tahun akan tiba, kena evaluate balik amal tahun ini. kalau ini last evaluation sheet kita yang akan dihantar ke Allah, sudah okeykah?kita sudah berpuas hatikah dengan amal kita?

kalau belum, this is the time to istighfar!

Allah kan alghaffar, bukan setakat memberi ampun, tapi alghaffar bererti yang constantly memberi keampunan!

“`Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun.(Sekiranya kamu berbuat demikian), Dia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu; Dan Ia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; dan Ia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya)." 71:10-12.

image by google

dan,

"Mintalah ampun kepada Tuhan kamu, kemudian kembalilah taat kepadaNya, supaya Ia menghantarkan kepada kamu hujan lebat serta menambahkan kamu kekuatan di samping kekuatan kamu yang sedia ada; dan janganlah kamu membelakangkan seruanku dengan terus melakukan dosa!" 11:52

bayangkan apa yang kita dah buat tahun ni. terasa jahat, terasa teruk, jangan risau, Allah itu, ampunannya setinggi langit!!!

Dari Anas r.a, katanya : " Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : ' Telah berfirman Allah Ta'ala :
Wahai anak Adam ! Setiap kali engkau berdoa berharap kepadaKu, Aku akan tetap mengampunimu atas segala dosa yang engkau lakukan, dan Aku tiada peduli.
Wahai anak Adam ! Andaikata dosa-dosa kamu setinggi langit kemudian kamu memohon keampunanKu, nescaya Aku akan mengampunimu.
Wahai anak Adam ! Andaikata engkau datang padaku dengan dosamu sepenuh bumi ini, kemudian engkau menemuiKu, pada hal tiada engkau menyekutui akan Aku dengan sesuatu pun, nescaya Aku akan datang kepadamu dengan keampunan sepenuh bumi pula.

Allah, Allah, Allah.

bagaimana pula mahu beristighfar bukan sekadar di mulut, tetapi juga di hati? berazam untuk tidak membuat dosa itu lagi. menyesal dengan sebenar-benarnya, berusaha untuk menjauhi.

setelah beristighfar, perbaharuilah azam, dengan bersaksikan Allah. biar gempak-gempak. biar hebat. niat itu kan yang penting? hehe.

*Entry di taip disember 4 yang lalu.

No comments:

Post a Comment