Thursday, December 2, 2010

jgn sumbat telinga

                                                              sumber gambar:sini

bismillah,

kamu menjauh, menutup telinga, menutup mata, menutup semua deria yang ada. atas banyak sebab. saya faham. segan, mungkin. rasa hipokrit, mungkin. tapi janganlah begini, menutup terus jalan-jalan hidayah ke hatimu.

ya, saya tahu, kerja Dia rahsia. hidayah boleh sampai dengan apa cara sekalipun, jika sudah ditakdirkan. tapi harus 'menunjukkan minat' dan usaha juga. Tuhan tidak merubah nasib kaum yang tidak mengubah nasib mereka sendiri(arra'd, 11), remember?

kamu ingat lagi kisah tufail bin amru radhiyallahu'anhu?
biar saya ingatkan.

beliau ke mekah untuk tunaikan haji. kaum musyrikin jemput beliau ke rumah, dan bercerita yang buruk-buruk tentang nabi muhammad saw. kata mereka, jangan hampiri baginda!jangan dengar what he has to say.

maka ketika tawaf, tufail menyumbat telinga dengan kapas. tak mahu dengar. bimbang terpengaruh. tapi akhirnya, dia fikir, dia kan bijak pandai, kalau muhammad saw itu benar-benar gila, sudah tentu beliau boleh bezakan.

kamu pun, pandai. macam tufail ra. kalau tidak, kamu tidak akan sampai ke mana kamu berada sekarang. cream of the cream, kata orang. kamu tentu boleh bezakan, hatimu pasti berfatwa.

jangan tutup terus jalan-jalan ini, sayang. kamu lihat ending hidup kamu nanti, bagaimana? adakah menghantar anak ke sekolah, melihat mereka repeat cycle kehidupan kamu yang dahulu? atau kamu melihat diri yang sibuk 7 hari seminggu dengan pelbagai program?

kamu decidelah. siapa kamu hari ini, menentukan hidup kamu akan datang.

p/s:kita pernah sama-sama memasang impian menetap di negeri sekian, menghantar anak ke sekolah sekian. adakah kau lupa?

jika tafsiran saya salah, alhamdulillah. sayalah orang paling gembira. tambahkan minyak, tingkatkan gear, Allah dan sahabat-sahabatmu bersamamu. :)

Tuhan mentakdirkan saya menjumpai kisah huzaifah bin alyaman radhiyallahu'anhu, bersebab. mari doa yang terbaik, buat semua.

2 comments:

  1. a.i.s.y.a.h. i.s.m.a.i.lDecember 3, 2010 at 7:37 PM

    ahsanti!

    :)

    ..dan moga kita pun x tergolong sebagai org yg menyumbat telinganya satu hr nnt.

    ReplyDelete
  2. atiqahmohammadkhuzainiDecember 18, 2010 at 11:25 PM

    nauzubillahiminzalik

    ReplyDelete