Sunday, December 5, 2010

memberi maaf

bismillah,

innalillahiwainnailaihi raji'un, for what happened. sehingga dia tenat jadinya. bila aku suarakan pada ayahku, "marahnya, cuba kalau orang lain buat kat adikberadik dia macam tu?"
kata baba, sudahlah, sabar, let go.

dan Allah baru sahaja menjumpakan aku dengan kisah huzaifah bin yaman RA(i was quickly scanning the companions of the prophet's book to choose a story for my mutarabbis, kemudian randomly tertarik dengan kisah ini. siapa tahu, rupanya Allah menyediakan aku untuk sesuatu). tentera muslim tanpa sengaja terbunuh ayahnya yang juga di pihak islam ketika perang uhud, maka Rasulullah menyuruh diberikan pampasan kepada huzaifah. huzaifah kata, berikanlah pada kaum muslimin yang lebih memerlukan. dan dia bukan sahaja memaafkan mereka yang membunuh ayahnya, malah mendoakan keampunan dari tuhan yang Maha Pengampun buat mereka.

Allah, Allah.

walaupun mengingatkan diri sendiri, maafkan, jadilah huzaifah bin alyaman. but it was really hard.

kemudian pagi ini, Allah menghantar peringatan lagi. MN bercerita. tentang betapa pemaafnya jemaah haji di mekkah. pernah ada jemaah haji yang kakinya dilenyek wheelchair yang sangat berat, dia hanya mengangkat tangan, dan berkata, its alright. mudah memaafkan. itu satu contoh. tapi banyak lagi kisah-kisah seperti itu ketika haji di mekkah. kenapa?sebab semua orang sedang ada relationship yang sangat baiiik dengan allah. hati suci. maka mudah memaafkan.

DUSH. termenangis di situ juga. kerana aku percaya, Allah menyusun semua ini. Allah mengilhamkan padanya, bercakap tentang ini. dan Allah memudahkan urusanku, agar dapat bertemu dengan MN dan mendengar dia berbicara pagi ini.

Inas pula menambah, pernah Rasulullah saw berkata, ada seorang lelaki akan masuk, dan dia adalah ahli syurga. sahabat melihat, menilai lelaki ini. nothing special. tidak bangun qiam, tidak buat anything extra. rupanya dia tidak akan tidur setiap malam tanpa memaafkan semua orang.

oh, Allah Allah.
p/s: pesan makcik ton, banyakkan baca yaasiin.

3 comments:

  1. part Allah mudahkan urusan awak bertemu dgn MN tu mmg indah. huu. Ada sebab kenapa nama awak someone tertinggal letak dalam group mail dan kita pun hampir terlupa nak cakap ttg tu.
    Oh, rancangan Allah memang hebat!
    Terima kasih share apa yang kita miss =)

    ReplyDelete
  2. kenapa dengan yaasin eh? boleh sucikan hati ke?

    ReplyDelete
  3. atiqahmohammadkhuzainiDecember 9, 2010 at 9:40 PM

    utk org yg sakit tenat?huu.

    ReplyDelete