Sunday, January 30, 2011

alahai dunia sekarang

bismillah,
ada seorang lelaki tua, kelihatan seperti homeless, berjalan menuju streetcar(bas). dia memaki orang-orang yang bertembung dengannya dengan bahasa badan.(aku memerhati dari dalam).

dia naik sahaja, terus bergaduh dengan pemandu, dan duduk di hadapan. bas enggan berjalan. beberapa minit berlalu, semua orang resah menunggu, dan mula menjerit-jerit, "hey some people have work to go to, we don't have all day!"

Kami di dalam streetcar.
rupanya, pakcik tadi memberitahu pemandu dia tak mahu bayar tambang bas. tapi bila semakin ramai orang marah-marah, pakcik itu mula mencari-cari sesuatu dalam begnya, dan mengeluarkan sehelai demi sehelai kertas dan menunjukkannya pada pemandu. pemandu pula menengkingnya semula, "i need your metro pass, not just any papers!"

bas masih tidak mahu berjalan. beberapa orang turun dari bas, selepas membebel pada pemandu. pemandu perempuan itu hanya senyap.

seorang ukhti mencari-cari sesuatu di dalam begnya. lantas bangun, ke hadapan, memasukkan tambang bas untuk pakcik itu. bas pun berjalanlah. the very next stop, seorang makcik pula turun, selepas memarahi pemandu juga. kata dia, "people should not be paying for others!" jawab pemandu itu semula, "talk to the guy, then. tell him that."

pengajaran kisah ini, bukan tentang membantu orang. nehi nehi, adik kecil saya pun tahu itu. tapi the fact that saya tak terfikir pun untuk berbuat demikian. saya tak terfikir pun untuk proactively help solve the problem. hanya memerhati apa yang terjadi, sambil berfikir, "orang-orang ottawa tidak sekasar ini".

itulah kan. isu politik negara, masalah mesir, masalah tunisia, masalah jordan dan yaman. kita suka memerhati. kemudian marah-marah. emosi di facebook dan twitter. tanpa berbuat apa-apa. kadang-kala, saya kasihan melihat orang yang marah pada dunia.

mahu saya beritahu jalan untuk be proactive, dan bukan hanya mengomen?

ayuh.

lihat ini.

kemudian mula dengan ini.

p/s:
link 1: credits to cik mus'ab yang me'lukis'nya.
link 2: link tanpa izin, hasil google

4 comments:

  1. sy pun tak pernah lagi tgk makcik ttc segarang itu sepanjang hidup saya di toronto.

    i'm pretty shocked and saspen..
    dah la time tu nak cepat sampai..

    org lain tolong bayarkan tambang pun bising..
    orang tu tak bayar or lambat bayar tambang pun bising..

    .. alahai .. ~_~

    ReplyDelete
  2. bnr, tak tahu apa2, maka better diam dan lakukan sesuatu yg lebih baik.

    tapi dlm konteks apa yg terjadi di Eygpt, ia hak masyarakat seluruh dunia untuk membuat penilaian.sama ada relevan atau tidak, itu bukan persoalannya kerana bnd ni terlalu subjektif.kemelut yg mereka hadapi bukan hanya dirasai oleh solely masyarakat Egypt, tapi juga org2 lain dari merata negara.
    tanpa suara org ramai, samada yg marah2 atau meyokong,dlm politik, Eygypt dan sbgainya, sekurangnya mrk lontarkn rasa tidak stuju/stuju mereka.

    wallahualam.

    ReplyDelete
  3. atiqahmohammadkhuzainiFebruary 3, 2011 at 11:51 AM

    to anon:
    "bnr, tak tahu apa2, maka better diam dan lakukan sesuatu yg lebih baik."-maaf, ini bukanlah sama sekali yg saya cuba sampaikan. bahkan saya setuju dgn anda, kita harus 'bising'.

    yg mahu disampaikan, ialah mereka yang sungguh emosi, tetapi tidak mengchannelkannya ke mana-mana; energy itu terbuang begitu sahaja. kalau diarahkan pada suatu arah, bukankah lebih baik?

    to everjihad:hehe bukan makcik TTC kan yg bising, makcik pemerhati. tak apalah, pena telah terangkat, dakwat telah kering! :p

    ReplyDelete
  4. atiqahmohammadkhuzainiFebruary 4, 2011 at 9:07 PM

    to anonymous:tqvm for the insight. jarang dapat komen spt ini.

    ReplyDelete