Tuesday, January 11, 2011

dek sejuk

bismillah,

tadi terpaksa keluar sekejap ada urusan. memikirkan urusan itu inshaAllah sekejap sahaja, maka saya malas mahu pakai winter boots, walaupun forecast menunjukkan hari ini lebih sejuk berbanding hari biasa. dengan yakin pakai kasut nipis, dan bermonolog, "inshaAllah boleh tahan,".

and it turned out, memang urusan itu sekejap sahaja. tapi perjalanan balik, termiss bas by 2 minutes, dan tunggu bas seterusnya 18 minit. dipendekkan cerita, penungguan itu menyebabkan sangat sakitlah jari kaki kerana terlampau sejuk, sehingga membuat keputusan untuk singgah di mall di pertengahan jalan untuk memanaskan kaki sebelum berjalan pulang ke rumah.

dan di mall itu, berjumpa dengan orang yang saya sangat rindu, dan sudah lama sangat mahu ketemu. kami kemudiannya bersembang dan berjalan pulang bersama.

now, rewind balik. i could have worn my boots, didnt feel the cold, hence there would be no need to stop at the mall. maka tak berjumpalah kami.

or, i could have not missed the bus, didnt feel the cold, hence there would be no need to stop at the mall. maka tak berjumpalah kami.

tapi Allah mahu saya bertemu dengan sahabat itu. :)


dalam sebuah kisah yang lain,
saya dan seorang sahabat lain menunggu bas di situ juga, dan di hari yang sangat-sangat sejuk juga. the next bus, sangat lama lagi. tapi kawasan itu, memang banyak bas yang 'out of service' lalu, kerana berdekatan dengan terminal bas utama. Bukannya rosak, tetapi luar waktu atau laluan route mereka.

kata sahabat saya, "eee diorang ni tak kesian ke kat kita. bagilah tumpang. sejuk kot,"
fikir saya dalam hati, "eh, ni bukan syarikat bas bapak kita. sukahati je nak harapkan mereka bagi tumpang." :D

tapi, semuanya atas kuasa Allah bukan. lepas sahaja saya fikir begitu, a bus stopped, dan menumpangkan kami hingga terminal bas utama. masih ada orang-orang baik atas dunia ini. and, there you go atiqah, jangan pesimis sangat.


balik kepada kisah hari ini, saya mengharapkan keajaiban yang sama, but it didnt happen. i could have gotten a ride, didnt feel the cold, hence there would be no need to stop at the mall. maka tak berjumpalah kami.

tapi Allah mahu jumpakan saya dengan sahabat itu. alhamdu liLlah.
semoga sahabat itu tidak membaca ini. hehe.

2 comments:

  1. :) post terlebih gula walaupun dah dengar dulu sebelum baca ni.

    Ter-reflect; dalam perjalanan hidup, kadang2 yang rasa 'tak best' atau sakit (dlm ni, sejuk) yang Allah bagi, sebab at the end Allah nak tunjukkan ke arah jalan/hikmah yang sangat sweet.

    maka, jangan bersedih bila 'tertinggal bus' atau mengeluh bila 'sejuk' - eh, pesanan utk diri sendiri ni. hee

    ReplyDelete
  2. reflect - berazam tak mls2 pakai boots lepas ni!
    heh. ni entry kanak2. terlebih excited. igt nak del, tp takpelah, kene akui mmg ada time2 yg hyper mcm ni.

    ReplyDelete