Friday, January 14, 2011

kek gula hangus dan hadith 4

bismillah,
seminggu lepas, ada yang request kek gula hangus. tengok2 peti ais, aih, takde susu manis pula. belum ada rezeki dia untuk makan kek gula hangus nampaknya.

the next day, singgah walmart, sudah ambil susu manis. tengok2 line bayar sangat panjang, tak sanggup beratur, maka letak balik. tiada rezeki dia lagi nampaknya. padahal pemalas beratur.

malam tu terjumpa susu manis secara ajaib dalam peti ais. terus buat, dan hendak suprisekan dia the next day. turned out, pagi tu terlambat bersiap ke kelas, tak sempat nak potong2 dan packkan. bagi esok sahajalah. tapi esok dan hari-hari seterusnya, tidak berjumpa pula dia. phone pula bermasalah, tak dapat contact. maka kek yang dibawa selamat masuk perut orang-orang lain.

dan akhirnya, baru hari ini dia dapat makan. tu pun yang tinggal kerak tepi-tepi. erk sorry!

maka sepanjang minggu ini, sangat berimanlah saya dengan hadith 4 dari hadith 40 imam nawawi.

excerpt:This Angel is commanded to write Four decrees: that he writes down his provision (rizq), his life span, his deeds, and whether he will be among the wretched or the blessed.(jodoh tak tersenarai ya.)

kalau Allah dah tetapkan tu bukan rezeki, buatlah macam mana pun, dia takkan dapat juga. sebab tu penting tahu its the process that matters, not the end result. kalau tak, kecewa.

dan sepanjang winter break haritu pun, sangat terkesan bagaimana Allah tapis orang untuk mendapat hidayah, dan cara-cara hidayah itu sampai. ada yang attend wintergathering dapat semangat baru, ada yang tak dapat apa-apa. ada yang berjaulah ke bandar new york, tapi dapat lebih banyak dari yang attend program. cara kerja Dia, sangat mysterious kan? 18:17

nah, ini resipi. dari myresipi.com

1 cawan gula
1 cawan air panas
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat

2 camt soda bikarbonat
4 biji telur
2 camb mentega

Cara-cara
Hanguskan gula di atas api sederhana.

Setelah hangus(seperti gambar), masukkan air panas dan biarkan hingga gula cair.

Kemudian masukkan mentega, dan sejukkan ditepi dulu.
Pukul telur hingga betul2 kembang dan pekat.
Masukkan susu pekat ke dalam telur tadi, kacau sebati.
Masukkan pula tepung + soda. Sebatikan.

Akhir sekali, masukkan air gula yang dah sejuk.
Perap adunan selama lebih kurang 3-4 jam.
Bakar dengan api sederhana 160-180 selama 1jam(oven saya 30 minit dah cukup. tapi nak kukus pun boleh, lagi sedap teksturnya jika kukus. (saya bakar sehingga masak, kemudian kukus pula sekejap).
Siap.

Silalah cuba dengan niat yang betul, bila tiada kerja yang lebih aula prioritinya.

No comments:

Post a Comment