Monday, January 17, 2011

read

bismillah,

sangat kagum dengan alquran. amount yang saya cuba istiqamah baca setiap hari sangat sedikit sahaja, tapi dalam ayat yang sangat sedikit itu, tetap ada something yang best, setiap kali. segala puji bagi Allah.



alquran sangat awesome, subhanallah.

membaca, kadangkala payah. pernah saya adukan pada dila, (excuse alert) "sejak masuk engineering ni, dah kurang minat membaca. susah nak habiskan buku walaupun buku best. dulu tak pernah ada buku yang tak habis baca, walaupun buku tu tak best"

malam itu, terus diberi peringatan melalui tafsir al'alaq. cari ilmu, memanglah payah. nabi saw sendiri, dipaksa malaikat jibril, dipeluk kuat-kuat sampai baginda saw rasa sesak. padahal baginda itu kekasih Dia.

susah bagaimana sekalipun, harus membaca.

mari baca dan tadabbur(perhatikan maksud) alquran.

Sesungguhnya Al-Qur’an ini memberi petunjuk kepada jalan yang lebih lurus. 17:9

“Yang menjadi panduan seseorang dalam tilawah Al-Qur’an bukanlah seberapa banyak ia membacanya, namun sejauh mana ia dapat mengambil manfaat dari hasil bacaannya. Al-Qur’an tidak akan turun sebagai barakah kepada Nabi saw dengan lafadz-lafadz yang tidak bermakna. Sesungguhnya barakah Al-Qur’an itu adalah pada saat kita mengamalkannya, dan saat kita mengambilnya sebagai manhaj hidup yang menerangi jalan orang-orang yang menempuhnya. Maka ketika kita membaca Al-Quran, mestilah diniatkan untuk merealisasikan kandungan makna tersebut dan itu hanya boleh dilakukan dengan mentadabbur ayat-ayatnya, memahami dan mengamalkannya.” Ustaz Hasan Al-Hudhaibi

p/s:Sedang cuba menghabiskan:A Child From the Village, Syed Qutb.

1 comment: