Wednesday, February 23, 2011

14-2

bismillah,

tiba di negeri yang tidak disukainya, negeri X. banyak insiden dimarahi secara tiba-tiba di negeri itu. warga X racist, pada tafsirannya.

dan tidak sampai 5 minit dia memijak kaki di sana, ia terjadi lagi. "Aku adalah sebagaimana sangkaan pelawatku" -mungkin itulah yang dikatakan oleh tanah negeri X. tapi kali ini, yang dimarahi pak security adalah temannya, bukan dirinya. tapi ah, cubit peha kiri, peha kanan terasa tau!

temannya beratur untuk ke destinasi seterusnya. dia pula, duduk di suatu sudut, membuat kerja-kerja. bantal travel di kepalanya terjatuh ke belakang kerusi. jika hendak mengambilnya, perlu buat aksi memanjat yang kurang senonoh pula. "ah, nantilah ambil."

travel neck pillow, sumbangan syeikh google


tiba-tiba temannya melambai. balai berlepas sudah dibuka (jauh lebih awal dari jadual). maka disimpan barang-barang, terus berlari ke barisan. bantal itu dipandang sekilas. "takpelah, tiada rezeki" monolog hatinya.

masuk ke perut kenderaan, jeling-jeling jam, pakcik belum mahu bergerak. sempat ni nak patah balik ambil bantal. baru hendak turun semula, pak security tadi muncul depan mata secara tiba-tiba, menghulurkan bantal ke arahnya.

erk. terpempan.

p/s:bila orang berprasangka dengan kita, tetaplah balas dengan baik. mungkin saja kita yang melanggar peraturan di awal sehingga layak 'dimarahi pak security'. maka ayuh jangan melatah. ayuh ambil langkah prevention, dengan tidak menjadi fitnah. saya belum tengok video 'lawak' itu.

1 comment:

  1. kui3..

    kan da kena 'cubit'.. :P

    touching dgn ayat ni..'cubit peha kana, peha kiri terasa'.

    senanye teman tu tak terasa sgt pon.. biasa2 je.. teman sebelah dia je emo lebey2. dan teman tu pun mengiyakan je la persepsi ro alip ca ya sin ta tu.

    tapi terketuk jgkla sbb dah terkasi dia label yg tak sepatutnye. wuwu..
    xpela adalah hikmahnye tu..utk kita sama2 kutip mutiara disebalik dia..iA :)

    ReplyDelete