Monday, February 28, 2011

14-4 dan cinta

bismillah,

logam setiap orang itu, berbeza. ada yang menjaga dengan sangat, kebajikan ketibaan kami. selang beberapa masa, pasti mesej darinya masuk. "dah sampai mana, iA kejap je lg tu sampailah. sabar ya," etc. bila kami tiba, dan dia belum sampai untuk menjemput, jenuh dia meminta maaf kerana kami harus menunggu. dan bila tiba saat untuk pulang, dia jugalah yang paling busy, memastikan kami selamat ke station bas semula.

ada pula, yang sangat pandai mengekspreskan emosi. teddy bear dan kad diberi sebagai cenderahati untuk dibawa pulang. curhat sentiasa. semuanya diekspreskan dengan kata-kata manis, senang hati mendengarnya.

ada pula yang diam seribu bahasa, muka tak beriak. namun dalam masakan, dialah juara. ketika mahu pulang, dia sudah beritahu awal-awal, akan menyediakan bekal nasi goreng. aku redhakan sahaja, standardlah tuan rumah sediakan bekal untuk tetamu :p. Tapi buka saja plastik bekal, terkejut besar. makan dalam keadaan terharu! Bukan nasi goreng biasa. dan bukan sekadar nasi goreng. biar gambar yang berkata-kata:
buka plastik bekal, terkejut besar. ada tshirt cenderahati, snacks, air, dan nasi goreng.
B dan N for new brunswick. bukan barisan nasional.

bukan sekadar nasi goreng! :)

kata naqibahku, memang begitulah resmi orang. semuanya berbeza peribadi, maka harus di cungkil dengan berbeza. ada yang kita akan dapat tahu dengan sesi blueprint(tulis plan utk 5, 10 tahun hadapan), ada yang dapat di korek feedbacknya melalui poskad yang ditulis untuk diri sendiri, dan sebagainya.

dan harus acknowledge, memang ada yang hati kering, tidak comfortable untuk ber emoticon 'heart', 'hug', 'inlove' dan sebagainya [untuk yang halal saja yaaa!]. tapi jika diri kita yang sebegitu, ingat, Rasulullah tanya, "dah luahkan belum?dah beritahu si fulan belum anda cintakan diaaa?"

"you're not any less macho bila mengekspresikan kasih sayang sesama akhawat! saidina umar ra yang ganas pun lembut hatinya, tahu!"-kak shahira.

kata si kunang-kunang, dia tak boleh imagine pertemuan askar dengan sang naqibah musim panas nanti. dua-dua keras sahaja orangnya. tapi kata sang naqibah, "nehi, akhawat berbeza. bila jumpa saja, automatic jatuh semua tabir hati. berbeza dengan akhawat, dan dengan orang lain!".

dan teringat kata seorang makcik yang telah meninggalkan jalan ini(doakan moga dia kembali), "walaupun i no longer join tarbiyyah, tapi masih rasa, beza tau, dengan sisters, and dengan orang lain. ada je bestfriends lain. tapi untuk tinggal anak, dengan sisters ni, kita percaya. kita tau dia macam mana. kita tak takut rasa tak selesa ke apa".

7 comments:

  1. betul2... bukan nasi goreng biasa! n bukan juga snack dan bekalan biasa.. bukan tshirt biasa, dan bukan teddy bear biasa..

    sgt terasanya 'bekal2' tersebut diberi dgn penuh mahabbah di dada..masha Allah.. bila balik dan kemas2 beg, tengok balik benda2 tu semua, hati rasa mcm nak nangis je. rasa sayaaaaanggg sangat-sangatt..

    satu memori dan sejarah yg akan sentiasa terpahat dalam hati. moga erti ukhuwwah fillah sentiasa mengalir dalam setiap sanubari..

    p.s: anyways, ape signifikan 14-(figure)? interesting.. :D

    ReplyDelete
  2. *tertinggal..

    bukan bekalan biasa utk perjalanan kita yg bukan biasa-biasa.. pergi bukan hanya sekadar nak berjalan tapi insha Allah hanya dengan satu tujuan ..ada maksud yang mahu disampaikan dalam meneruskan rantai perjuangan..

    ReplyDelete
  3. '14 jam' perjalanan :)
    robbana taqobbal minna. smg ia tidak sia2, pahala tdk diterbgkan angin dan debu.

    ReplyDelete
  4. oo..klo gitu nt nak buat post 14+6 la :P

    ameen ya rabbb..

    moga hati kita sentiasa lurus kerana-Nya.

    ReplyDelete
  5. hehehe...:P sy xbg pape plak... >_^

    tp, dtg lg taw! i-Allah :D rindu sgt! cm cpt sgt plak hr tu...huhu.... ^_^

    ReplyDelete
  6. loh sayangku, thats not the point!awak bg hati dan fikiran awak, tu dah lebihhhh dari apa yg diharapkan!rinduu jugakkk tak curhat sgt pun haritu. aseef yek kekurangan2 kami. huhuhu~next?awk tak blk mesiaaa if x blh jumpa kt prog mesia. huhu. awak dtgla ottawa plak ke? kite gilir2 hehehehe. takpon jumpe kt edmonton ke, jenguk naqibah awak :)

    ReplyDelete
  7. huhuhu...bknnnye xnk blk mesia, tp, ngh kmpul duit...lom ckup agi...huhu... i-Allah nk g edmonton, tp thn ni, org edmonton tu blk la... :( hurmmmm...xpe la... tgk la nt cmne....:P

    ReplyDelete