Wednesday, February 9, 2011

1st step

bismillah.

langkah-langkah pertama,

1.niat, penting!
sister simran, a (not so) new revert to islam said, "Renew your intentions as they do wear out! In every solah if you have to, every sujud in your solah, if you have to!". Penting, sebab niat drives us forward. memberi himmah, menyalakan tummuhat. 

tapi, niat itu dari hati.

2. hati, yang susah benar menjaga kesuciannya. 
baru-baru ini terdengar bicara-bicara lantang mengatakan, kalaulah dia salah seorang pelajar mesir, atau anak atau adik-beradiknya yang belajar di mesir, pasti disuruh diam-diam di sana, turut berjuang bersama egyptians. tapi saya setuju dengan tulisan ini, sesungguhnya ujian untuk beristiqamah di waktu 'lapang' seperti kita sekarang, lebih susah dan berat berbanding demonstrasi di jalanan. hati, sukar dijaga keliarannya, saat tidak di berati ujian. Berjihad dengan excellent dahulu dalam jihad menjaga hatimu, baru boleh jeles dengan jihad orang lain yang 'lebih besar'.

3. ikhlas.
ah, payah isu ini.
teringat tulisan dari sini, saya salin tampal ya. "Ikhlas ni satu perkara yang amat subjektif kerana sampai saat ini pun kita tak tahu apakah kita ini ikhlas! ... Ikhlas ini hanya Allah yang tahu. ... Sebab tu dalam apa pun amal kita, buat dulu dan biar keikhlasan itu berbicara dengan dirinya!". Maka jangan lagi beri alasan tiada ikhlas.

selamat beramal dengan langkah pertama?

2 comments:

  1. nampak sama AQ kita.. =)

    aik, lepas tgk gmbar skali lg, kenp enti ada byk AQ? so many...!

    ReplyDelete
  2. ukhti liana:jodoh! :D
    hehe ni masa wintergathering haritu, ada banyak quran :)

    ReplyDelete