Saturday, February 12, 2011

cair

bismillah,
menunggu lif selepas kelas dengan ida dan farah, prof engineering economics (ECOR) kami datang menghampiri. "are you from malaysia?"

maka bersembang-sembanglah kami dengan prof yang sangat tua itu. akhir sekali, dia berkata, "if you have any questions or any issues, please, just come see me".

dan sepanjang itu, dia senyum, dengan ramah mesra. bertanya, bagaimana kami adapt dengan cuaca sejuk di kanada, dibandingkan 'paradise' di malaysia.

kata kawanku, "cairnyaaa. kenapa baik sangat prof ni. ada midterm subject lain pun, rasa nak je revise ECOR sekarang." dan conversation beberapa saat dengan prof itu juga, membuatkan saya mengimbau, waktu-waktu dalam kelas beliau yang saya buat kerja lain. oh oh rasa bersalahnya!

maka terfikir, betapa besarnya kan impak guru dalam diri kita. ohhh macam ni ke sahabat-sahabat rasa belajar direct dari nabi?sebab tu rasa nak dekat je dengan Allah, sebagaimana kawan saya yang nak belajar ecor sebelum midterm subjek lain?

mungkin. besarnyaaa impak murabbi dalam diri kita.

tapi tengok balik ciri-ciri prof itu yang sungguh menawan hati, dan ciri-ciri Rasulullah saw sebagai pendidik. dan reflect diri sendiri. waduh kok persis langit dan bumi?

hu. perlu belajar. jadi sang murabbi. tapi. jangan bertapi-tapi!

jutaan dan billion-an tahniah orang-orang mesir! at one point, i was sceptical. huhu. harus cuba dan cuba, asak dan asak hingga dapat. baik.

No comments:

Post a Comment