Friday, February 18, 2011

nasi lemak bungkus

bismillah,

mak minah penjual nasi lemak bungkus. dia taklah hebat pun masak. belajar dari youtube je. google google sikit resepi. rujuk buku resepi teragung. ambik tips dari makcik nasi lemak tepi taylors college yang sangat terkenal tu, dari makcik nasi lemak di depan smk teknik gombak, pendek kata dari semualah tukang masak, yang berkecimpung dalam dunia nasi lemak.

kadang-kadang sifu-sifunya jauh, mak minah belajar dan ambil tips melalui sekaip dan poltok je, dua syarikat telekomunikasi yang terkenal pada zaman mak minah. zaman mak minahlah, sebab tu kamu tak pernah dengar.

satu hari, ada chef wan hantar surat. iya chef wan yang terkenal tu! katanya mahu datang warung mak minah. mahu rasa nasi lemak bungkus mak minah. mak minah teruja! bukan sebab bangga orang terkenal datang ke warungnya. nehi nehi. 

"pasti dia boleh bagi tips sedikit sebanyak macam mana nak bagi nasi lemak aku lebih umph!," itu detik hati mak minah. (siapa suuzzon pergi minta maaf pada mak minah cepat!)

tapi, yang sedihnya, warung mak minah di lain negeri. sempadan di kepung pula pak zionis garang. maka saban hari, mak minah berdoa, agar chef wan dapat memasuki sempadan negerinya. setiap solat, selepas doanya yang lazim, dia berdoa, pak zionis akan tertidur ketika chef wan mahu lalu sempadan. 

satu hari, dia tersentak dengan doanya sendiri. mahu tahu apa doa-doa mak minah?

"ya Allah, bagilah nasi lemak aku sedap tidak mudah basi. Berilah aku iman yang sebenarnya sehingga aku tidak lagi mengharap orang lain selain Engkau."

kemudian masuk doa bermusimnya untuk chef wan, "bantulah chef wan memasuki negeriku agar aku dapat memperbaiki mutu nasi lemak ku. "

ok ambik remote control, dan pause di situ. err, tidak kah doa-doa itu bertentangan?! mutu nasi lemaknya pada Tuhan AlMuhaimin atau pada tangan chef wan?maka mak minah insaf, dan mendoakan, agar Allah memberi yang terbaik buat nasi lemaknya, demi kemaslahatan pembeli-pembeli tegar nasi lemaknya.

dan tertulis dalam takdir, pak zionis dengan brutalnya menghalau chef wan pulang ke kampung asal, tanpa dapat memasuki sempadan negeri mak minah.

mak minah tersenyum-senyum, kerana yakin, itulah yang terbaik untuk nasi lemak bungkusnya!!!

p/s:orang-orang kanada, nantikan nasi lemak bungkus chef terkenal di Call of Duty! (inshaAllah)

5 comments:

  1. terbaik! tqah mmg terer lah bab2 analogi ni~ huu.

    [eh analogi ke? hee]

    ReplyDelete
  2. TERBAIK DARI LADANGGG! kte menanti apa natijah cerita ni. paling suka part mak minah senyum sbb yakin. huu. mahu ada perasaan itu juga everytime inflicted with the similar situation.

    ReplyDelete
  3. best! inshaAllah, nak rasa nasi lemak mak minah walau bukan chef wan yang datang bantu dia! sape2 pun boleh buat sedap kalau dia mahu!

    ReplyDelete
  4. salina, ayat last tu literally inshaAllah :D cuma mungkin bukan dlm daun pisang. tapi ayat salina tu sgt memberi motivasi. jzkk salina<3!
    k syaz:kalau nt rasa analogi, analogilah ia :) segala pujian dikembalikan pd Dia
    kima:segala pujian dikembalikan pd Dia. doakan kita istiqamah. hu~

    ReplyDelete
  5. subhanallah.....mantap.... :)

    boleh la nt nk rse nasi lamk mak minah... :D i-Allah....

    ReplyDelete