Tuesday, March 1, 2011

pedas

Bismillah,

orang yang makan pedas, selalu tak sengaja masak sangat pedas. walaupun ada ahli rumah yang tak makan pedas. tak sengaja. sebab bila dia rasa semasa masak, dia tak rasa pedas pun. reseptor rasa pedasnya kurang sensitif, malah kadang2 tiada.

kalau dah tiada sensor, memang payahlah nak kawal. maka makanan tanpa sengaja, jadi terlebih pedas.

dosa pun akan sering tanpa sengaja terlajak buat, jika tiada sensor (baca:hati) yang sensitif. maka jangan biasakan hati dengan 'makanan pedas', nanti lama-lama dah reseptor dah tak sensitif langsung. iyelah, alah bisa tegal biasa? lalu berterusan melakukan dosa. nauuzubillah.

side:prof human physiology saya kata pedas sebenarnya dikesan oleh reseptor sakit!

2 comments: