Monday, March 28, 2011

76:25-26

Bismillah,

"Jalan perjuangan itu panjang, dan beban tanggungjawab amat berat, dan ini sudah tentu memerlukan bekalan yang banyak dan bantuan yang besar.

Melalui hubungan ini (ibadat di malam hari yang panjang), seseorang hamba akan bertemu dengan Tuhannya dalam suasana yang sunyi, penuh harapan dan kemesraan.

Dari perhubungan ini;
dia akan menikmati kerehatan yang mengatasi keletihan dan kepenatannya.
Dia akan memperolehi kekuatan yang mengatasi kelemahan dan kekurangannya.
Ketika itulah jiwanya dapat menolak dan menepiskan perkara remeh yang mengganggu perasaan dan ketenteramannya,

kerana yang besar dan penting kepadanya ialah tugas dan amanah da'wah.
Oleh itu, segala duri yang dialaminya di tengah jalan perjuangan Allah adalah dirasa kecil belaka. "
Syed Qutb.

-pasca tafsir fizilal al-insan.

No comments:

Post a Comment