Wednesday, March 16, 2011

abdulqahhar

bismillah,
pagi tadi keluar rumah terlebih awal, setelah sekian lama just on time (atau err lewat?). bangga sekejap dengan diri sendiri, 'wahhh bagusnya atiqah keluar awal!'

dalam hati gembira, tak perlu berjalan jauh ke otrain seperti saat-saat yang terlambat (kalau lambat bas penuh). dalam hati gembira, boleh buat banyak benda sebelum kelas kerana akan sampai uni awal. sudah berkira-kira apa yang mahu di print, mana yang mahu disinggah sebelum kelas.

sampai bus stop. tunggu punya tunggu, bas tak datang-datang. selalunya, by 8.13, jika belum dapat naik bas, saya akan ke otrain dengan bas. sebab memang takde harapan untuk naik bas ke uni selepas 8.13, dek penuh melampau.

dan dari station rumah saya ke station otrain, boleh naik bas apa sahaja. tapi selalu naik 118, kerana timing dia memang just nicelah kalau nak naik train 8.18.

tapi, jangan kata bas 118, apa-apa bas pun tak datang! dan pagi itu, 3 bas yang menuju ke uni berlalu tanpa saya dapat naik, dek penuh. masa tu memang dah muhasabah lah, 'okay, siapa suruh bongkak, kan Allah dah tunjuk.' immediately lepas tersedar pengajaran, satu bas menuju ke uni yang agak kosong tiba. walau agak tak logik, kerana it was right behind another bas yang hendak ke uni juga (tapi penuh kalah sardin), dan sepatutnya gap between bas adalah 6 minit.

dah dapat naik bas, jalan pula jam di depan residence commons, bas tersekat lama di situ. apa hasilnya?saya tiba lambat 3 minit ke kelas, walau keluar rumah sangat awal pada hari itu. sedangkan saya sering keluar jauh lebih lewat dari itu, dan sampai awal di kelas.

Allah, Kau memang penentu segalaNya (alqahhar). We can work hard, tapi pada Kau jugalah kata putus terakhir. subhaanallah! :)

your 'abd,
Me.

p/s:Dan Dia lah yang Berkuasa atas sekalian hambaNya (dangan tadbir dan takdir); dan Dia lah Yang Maha Bijaksana serta Amat Mendalam PengetahuanNya- 6:18

No comments:

Post a Comment