Friday, April 1, 2011

ihsan

bismillah,

masa dah tak banyak. hanya ** hari sebelum peperiksaan akhir semester winter 2011 akan menjelma.
masa hidup atas bumi pun dah tak banyak. semakin hari semakin tua. makin berkurang masa untuk beribadah.

we dont have much time before final begins. maka belajar harus efektif. baca terus faham dan lekat di otak. takut tak sempat ulang semula. chapter baru semuanya harus dihadam dalam kelas, kerana masa yang ada perlu diperuntukkan untuk revise chapter lama.

we dont have much time before the judgement day comes. maka hidup harus efektif. beramal bukan sekadar memenuhkan mutabaah, tetapi harus dari hati. zikir-zikir bukan hanya diulang kerana nak menghabiskan mathurat, tapi harus hadir dari hati.

hidup ini singkat, dah tak banyak masa nak kumpul pahala. maka semuanya harus efektif. maka usahalah yang terbaik agar semua amalan yang ciput itu, diterimaNya. sebab 'tak cukup' masa untuk buat amal banyak-banyak. biarlah 24 jam sehari yang ada, semuanya dapat jadi bekal untuk kat 'sana'.

untuk semuanya diterima as ibadah, harus betulkan niat, harus hadirkan hati dalam mengerjakan semuanya. sebab masa dah suntuk. maka ihsanlah. rasakan nampak Allah di hadapan kita, atau merasakan Allah melihat kita. dalam kata lain, do our best in everything we do.

final is coming.
izrail is coming.

//ayat berterabur, moga pointnya tetap sampai. Allah hafiz.

No comments:

Post a Comment