Tuesday, March 8, 2011

jamilittawakkuli'alaik

bismillah,


keindahan tawakal kepadaNya. memang sangat indah, seriously. kena rasa baru faham. indah sangat, sampai si fulanah pernah berkata, sanggup diberi ujian mahal, untuk rasa tawakal yang cantik itu lagi. (lalu laptop,duit,kamera,phone nya dicuri. tu dia, cash Allah bagi!)

 two midterms.

1:subjek cikgu tudung bulat dan jubah, impossible untuk tak faham dalam kelas. sangat interaktif, aku yang selama ni tidak pernah bersuara dalam kelas melainkan dipanggil nama, tiba-tiba jadi bertih jagung laju menjawab semua soalan-soalan dalam kelasnya. maka bila hendak midterm, seronok belajar. buku teks khatam kulit ke kulit untuk chapter-chapter berkaitan. takut tak perform, nanti malu, sebab cikgu kenal setiap orang secara personal. erk ikhlasnya niat?

masuk exam, soalan senang. memang soalan-soalan yang dia sering paksa kami buat dalam kelas, yang setiap kali pun dan dia datang lihat jalan kerja aku, dan tanya, 'atiqah, are you okay?' tapi kuasa Allah, otak blank. memang dah yakin fail dah. hingga ke saat akhir pun masih confuse dengan jawapan sendiri.


2:subjek yang rasa faham je selama ni. pertama kali dengan sombongnya tak habiskan buat problem set sebab tak sempat. khatamkan nota, dan harapkan tutorial TA right before menjawab test je.

dapat soalan, oh senang. double check semua jalan kira, masukkan number dalam kalkulator berulang kali. keluar dengan yakin akan atleast dapat A.

selepas reading week, dapat semula kertas-kertas.

1:sebelum cikgu tudung bulat pulangkan kertas midterm, dia pesan berulang kali, kalau ada masalah, jumpa dia! jangan simpan sorang2. dan cikgu cakap berulang kali sambil jalan dekat2 dengan aku. dalam hati, ah sudahhh malunya malunya, cikgu tuju kat akulah tu. malunya, cikgu tengok aku jawapan aku yang mengarut-ngarut tu. tapi dalam hati sempat terdetik, 'eh apa jahat sangat sangkaan kau pada Allah atiqah. Dia boleh buat apa-apa je kan. kalau cikgu dah tanda and memang fail pun, boleh je tiba-tiba Allah tukar sekarang bagi dapat ok. dapat semula kertas, *drum rolls* and indeed. dapat A. alhamdulillah thumma alhamdulillah.

2:as you probably have guessed, iya subjek yang ini dapat teruk sekali. lulus alhamdulillah, tapi jauh sekali dari A. alhamdulillah markah test itu boleh drop, kerana boleh pilih hanya 4 dari total 5 test.

bila muhasabah balik. faham tak faham, itu satu hal. usaha dengan tak usaha, cerita lain pula. tawakal dengan angkuh, satu cerita pula.

jalan cerita subjek #2: faham-overconfident maka usaha tak sehabis daya-sombong maka tak tawakal.
jalan cerita subjek #1:faham-usaha-give up, sempat tawakal last minit.

1 comment:

  1. true, true! kdg2 kita lupa. padahal selalu igtkan murabbiyah dalam usrah. manusia oh manusia. muhasabah membuatkan kita sedar. inshaAllah.

    semoga kita istiqamah dalam bersangka baik pada Allah.

    Gud luck tqah :)

    ReplyDelete