Monday, March 7, 2011

lagu

bismillah,

a sister who is a  psychology student once told me songs can trigger memories. teknik ini pun sering digunakan, contohnya, program-program selalunya menggunakan lagu tema untuk efek berpanjangan pada peserta. peserta akan teringat program (harapnya pengisian program juga) tersebut setiap kali terdengar lagu tersebut.

sewaktu sekolah menengah rendah dahulu, saya sangat gilakan lagu(or nasyid, as some people call it). tidur pun berkepit dengan radio, stesen ikim. mungkin badi dari itu, menjadikan saya kini sensitif kepada bunyi. pantang ada website/blog yang tiba-tiba bersuara, pasti saya bisukan.

tapi datang angin yang tak betul, pasti layan juga lagu yang sama berulang-ulang. seperti di jaulah baru-baru ini, ada sisters yang pasang nasyid yang saya sering dengar di satu zaman dahulu. nasyid-nasyid itu mesejnya bagus, tapi ia mengingatkan saya pada benda-benda yang saya tak mahu ingat. kesannya kuat, sehingga lagu itu tidak berhenti bermain di kepala.

to kill it, maka dengar lagu-lagu soutul amal. lagu soutul harokah. apa-apa sahaja lagu dari zaman tok kaduk, seperti ini. apa-apa sahaja, asalkan nasyid itu tidak lagi bermain di kepala, tidak lagi mengingatkan pada memori tertentu.

maka saya bersyukur sangat, walau ibu bapa saya bukan sesiapa, bukan tokoh masyarakat, tapi mereka besarkan saya dalam baitulmuslim. dalam biah solehah. membesarkan saya dengan lagu soutul amal, nadamurni, nahwannur, alunan quran assudais dan asshuraim kegemaran baba dan kakak. bukan lagu-lagu selainnya. maka alunan-alunan ini juga yang akhirnya dapat memberi solace (dengan izin Allah), walau sejauh mana saya lari daripadanya. kerana saya dibesarkan dengan semua itu.

ini bukan kempen dengar nasyid. mesej bagus macam mana pun, jika menginduce jahiliyyah apa gunanya? dan ini juga bukan kempen ban music. sekadar mengajak semua bunuh lagu yang tak sepatutnya, dengan lagu-lagu yang sepatutnya.

alangkah bestnya jika bad thoughts juga bisa digantikan dengan good thoughts menggunakan teknik ini.

3 comments:

  1. a.i.s.y.a.h. i.s.m.a.i.lMarch 7, 2011 at 4:00 PM

    subhanallah

    dearest atiqah.. da lame i have been looking lagu tok kadu tu!

    jazakillah khayr utk link dye sbb aisya da lupe tajuk lagu tuhh..tu cr x jumpe2. dgr time kecik2 gak.

    take care there

    ReplyDelete
  2. a.i.s.y.a.h. i.s.m.a.i.lMarch 7, 2011 at 4:08 PM

    memule ulang2 dgr lagu tuh tanpa tgk vdeo tu.

    pastu tgk2 skali rupenye muke budak2 kmb dlm vdeo tok kaduk tuh.

    sangat la tak tok kaduk :)

    keep up the good post!

    ReplyDelete
  3. haha! yeke. kantoi x pernah pay attntn to the video. xpe, yg pntng lagunya zmn tok kaduk :)

    take care juga disana, an doakan kami disini :)

    ReplyDelete