Monday, March 28, 2011

matang

bismillah,

1.
acik:ammar rindu acik tak?
ammar:sikit-sikitlah.
acik:sikit je?! kenapa tak banyak?
ammar:tak boleh banyak-banyak, nanti saya jugak yang susah.

2.
tengah ralit bercakap dengan ummi, ammar di belakang meminta izin dari ummi mahu bercakap pula.
acik:ammar rindu acik ke?
ammar:tak. kalau rindu bukannya balik pun. dah setahun tak balik-balik.

mari belajar jadi matang dari ammar muzakkir. buat apa nak emosi, jika emosi tak membawa ke mana-mana.

and jangan mengeluh! nanti khabbab bin arat radhiyallahu'anhu marah. dia yang kena besi panas pun dikatakan tak sabar oleh Rasulullah. kau tak kena apa pun lagi.

maka nak emosi apa? cecite cecite(klik).

p/s:bekal untuk masa depan. kalau atiqah emo, ingatkan ini please? :)

1 comment: