Wednesday, March 30, 2011

wednesday=trash day

bismillah,

dalam sebuah rumah, semua orang buat sampah. tapi balik-balik, orang yang sama juga buang sampah. kadang-kadang, berbulu hati. tapi kalau kita tak buang, dia pun takkan buang, dan kita juga yang sakit hati tengok sampah tak terbuang. maka kita buang juga.

dah nama hidup, ada masa up, ada masa down. kadang-kala, kita tak mahu buat dakwah. mahu orang lain tolong coverkan. namun orang lain semua tak mahu, dengan alasan-alasan yang rasanya mudah sekali dibakulsampahkan.

iya, sememangnya, semua orang lahir dengan tanggungjawab khalifah dan tanggungjawab menjadi saksi. tapi nak buat macam mana, tak semua orang bersedia untuk redah snow belakang rumah untuk buang sampah. kalau anda mahu emo berkata, "dia tak buat, kenapa aku kena buat? tak aci!", maka tahanlah anda dengan rumah penuh sampah. bau itu mungkin boleh tahan lagi, api neraka Tuhan gimana sih?

kita semua ada tanggungjawab membuang sampah. kadang-kadang, memang kita perlu membuangkan sampah orang lain. takpelah, kat akhirat nanti, Tuhan tanya, kau buat ke tak. Tuhan tak tanya kita, orang lain buat ke tak. maka cekalkan hati, dengan lafaz bismillah, buang sahajalah sampah.

eh eh dakwah tu, fardu ain ke fardu kifayah eh? tepuk dada tanya iman.

p/s:TIADA KENA MENGENA YANG HIDUP ATAU MATI, walau wednesday memang trash day di south east ottawa. alhamdulillah, saya dan housemate sejak 2007 masing-masing sensitif enough untuk buang sampah/masak/beli groceries secara bergilir-gilir tanpa memerlukan jadual! :)

4 comments:

  1. waaah, terasa dengan semua point akak. menarik betul analogi. hehe

    apakah kalau ada jadual tu menandakan ukhuwwah kita tu ada kurangnya? bagi saya, ini satu sistem. boleh aje nak tolong cover kerja kawan tu kalau si dia ada important stuff to attend to. cumanya, sistem ni untuk elakkan cakap2 belakang tak puas hati dan terasa tak tentu pasal bila ada orang yang buat extra job dari scope dia. ke cne tu, kak?

    jzkk in advance! :)

    ReplyDelete
  2. menarik point yg awak utarakan :) sudah tentulah tidak. n mcm yg awk kata, jadual tu menambahkan sistematik. :)

    cuma rumah kami consist of 2 org je, maka jika fhm each other lebih memudahkan, tlg cover bila yg sorg lg ada assignment, etc.

    the bottomline is, i think, for everyone to sedar itu tanggungjawab semua orang, DIA(point diri sendiri) perlu buat juga, jika dia mahu hidup dalam rumah(baca:bumi Allah) ni. wallahua'lam

    ReplyDelete
  3. Post yg menarik, same situation with my housemates. Without words we help each other :)

    ReplyDelete
  4. oic. logik jugak untuk lebih memahami bila 2 orang aje duduk serumah. lebih banyak masa untuk taaruf. heee :)

    ReplyDelete