Saturday, April 16, 2011

ali dan sakinah

bismillah,

masa hijrah ke madinah, nabi muhammad saw minta tolong saidina ali untuk tidur di tempat baginda. bayangkan, untuk tidur di katil the most wanted person, di rumah yang memang sedia dikepung oleh pemuda-pemuda terkuat seluruh quraisy, dan mereka memang berhasrat untuk membunuh.
bukankah sangat scary? saidina ali juga masih muda tika itu!
tiba waktu pagi. pemuda-pemuda quraisy diberitahu bahawa ada orang nampak nabi tinggalkan mekah. marah, dan mahu pastikan berita, mereka terus menyerang masuk, menyelak selimut yang menyelimuti ali. kalau ikutkan, boleh je kan bunuh terus tanpa periksa dulu siapa dalam selimut? buat apa nak cek siapa yang dalam selimut? memang betul-betul nyawa di hujung tanduklah!

tapi tahu apa ali kata? itulah tidur yang paling lena dalam hidupku. (sumber:talk amru khalid)

saidina ali karamallahuwajhah, di saat nyawa di hujung tanduk, dan dia mengetahuinya, sungguh tenang(sakeenah). sungguh aman dan damai. tidur lena. benarlah, sakeenah itu suatu pemberian dari Allah, satu nikmat.

cuba imagine kita di situasi tu, mesti berpeluh-peluh tak boleh tidur, mata tak lepas dari pintu, bimbang bila-bila sahaja pemuda-pemuda itu akan menyerang masuk. paling kurang, membaca doa sana sini, minta diselamatkan Allah.

Rideau canal ottawa 2011
kita diuji sedikit, sudah kacau bilau dan haru biru, kemudian berjihad pula mencarikan ketenangan. tulis bloglah, dengar lagu ulang-ulang sampai pekaklah, call rumahlah, menangislah, jalan tepi canallah.

kalau memang Allah tak nak bagi, memang tak dapatlah. bukan suruh bersangka buruk dengan Allah. nehi. tapi takutnya kalau masuk golongan yang Allah taknak bagi sakeenah. macam mendaki ke langit. buat apa pun takkan dapat.

Barangsiapa yang Allah menghendaki akan memberikan kepadanya petunjuk, niscaya Dia melapangkan dadanya untuk Islam. Dan barangsiapa yang dikehendaki Allah kesesatannya, niscaya Allah menjadikan dadanya sesak lagi sempit, seolah-olah ia sedang mendaki langit. Begitulah Allah menimpakan siksa kepada orang-orang yang tidak beriman. 6:125

p/s:banyak berita walimah lately. tak dapat pergi satu pun. barakallahulakum wajama'a bainakum fikhair.

6 comments:

  1. Subhanallah. sangat suka kisah ali yang ni. simple, tapi sangat sweet. :)

    ReplyDelete
  2. eh, sedap kita cakap simple. tarik balik2. hu.

    ReplyDelete
  3. nice nicee. seronoknya kalau Allah kasi kita sakeenah.

    ReplyDelete
  4. may allah grant u sakeenah as well~ :)

    ReplyDelete
  5. faham maksud kak dila..gaya yang menceritakan tu simple yet sweet.. =)

    ReplyDelete
  6. dila+ain:sweet n nice but simple? :) itulah baru ambik 5 minit dari saidina 'ali punya kisah. belum ambik full story dari lahir-meninggal. mesti lagi sweet kalau baca dengan kacamata yg betul, wp byk sirahnya yg mmg dah tau pun. tapi bukan tau ngn hati. hu.
    NI:aameeen

    ReplyDelete