Sunday, April 10, 2011

assobru dhiya'

Bismillah,

"sedapnya cuaca hari ini"-kata budak baru belajar bahasa melayu.

for the first time after a long long while, akhirnya hari ni dapat rasa teriknya matahari di pipi. subhanallah, nikmat!

tapi entah kenapa, hati galau, tidak seindah cuaca. bermacam cara sudah dicuba. mathurat, mp3 alquran, recording tazkirah. tidak berjaya. rupanya, Allah nak suruh dengar nasihat nabi pula.

Sabar itu Cahaya yang Amat Terang (Dhiya’)

N: bersabarlah huhu. as-sabru dhiya'! cahaya terang yg membakar kerana panasnya
A: meaning?
NI: oh tu hadith huhu
A: nice
NI: wpun dia terang tp dia memberatkan (e.g membakar)
A: terang tapi tak memberatkan?how? haha u caught atiqah in the lampi mode again. sorry
NI: terang tp x membakar = cahaya bulan. huhu
NI: haha as sabru dhiya' tu ade dalam hadith 23
NI: tp why rasulullah sebut camtuh?
NI: nape dhiya'?
NI: bleh je nur ke..
NI: cahaya jugak kut kan
A: huu
NI: tp dhiya' ni cahaya terang yang membakar
NI: x samela mcm cahaya bulan ke
NI: lampu ke yg x membakar
NI: so sabar itu cahaya
NI: yet sabar itu berat!
A: huhu best
NI: hanya org yg sabar je cukup sabar untuk bersabar.
A: jzkk sgt best alhamdulillah
NI: best! hadith 23 sgt best! huhu rase nak jadi baikkkkk~
A:semoga anda dikurniakan sabar yg dhiya'

"Sabar adalah cahaya (yang mengeluarkan bahang kepanasan dan boleh membakar) kerana ia adalah suatu perkara yang membebankan terhadap diri. Ia memerlukan kepada mujahadah terhadap jiwa dan menahan diri daripada melakukan perkara yang diingini.

Seseorang muslim akan tetap berada di atas jalan kebenaran selagi dia terus bersabar. Ini kerana kehidupan manusia di atas dunia ini dikelilingi dengan pelbagai kesusahan dan dilingkari dengan pelbagai musibah. Semuanya itu memerlukan kepada ketabahan dan kekuatan. Jika tidak, manusia akan hancur dan lenyap.

Seseorang muslim sangat memerlukan kesabaran dalam kehidupannya. Ini kerana untuk melakukan ketaatan, dia memerlukan kesabaran. Untuk meninggalkan maksiat, dia juga memerlukan kesabaran. Menanggung kepayahan dan musibah juga memerlukan kesabaran. Oleh kerana itulah, berakhlak dengan sifat sabar adalah suatu kekuatan yang tidak boleh ditandingi. Cahaya yang agung ini akan sentiasa menerangi orang yang sabar, memberi petunjuk kepadanya ke arah kebenaran dan sentiasa terus berpegang teguh dengannya."
-M2M6
typed on March 30th.

2 comments:

  1. 'hahaha' tu sgt spoil.. *rofl*

    ReplyDelete
  2. edited. smg lebih sesuai utk tatapan umum :p

    ReplyDelete