Monday, April 4, 2011

fatawakkal!

bismillah,

bila dah berazam tu, memang tidak dapat tidak lah kan, mesti kena uji. sebab tu Allah dah suruh siap2, lepas berazam je, terus bertawakal! 3:159. sebab nak kena uji. dah nama ujian, akan ada dua kebarangkalian sahaja.

pertama, gagal. maka bila gagal, nak menyesal atau sedih pun, perlu lillahitaala lah kan? sebab kata nak semuanya diterima Allah kan? maka nak menyesal, bukan sebab kecewakan expectation orang, atau sebab duniawi lain. kecewa, menyesal, sebab Allah semata. haaa, ada beran? mampukah?>,<

kemungkinan lain, adalah berjaya harungi ujian. tapi, nak gembira pun, bukan sebab bangga dengan usaha diri sendiri. bukan sebab puas hati dapat puaskan hati orang. tapi lillahitaala. fuh mampuke? >,<

well, Tuhan tak bebankan melainkan mampu, kan?

kadang-kadang, bila gagal, rasa nak berhenti menulis. sebab rasa macam tin kosong dalam 61:3. tambah-tambah, tulisan di blog adalah physical proof, yang orang boleh guna against us. (macamlah catitan atid tu takkan diguna against us >,<) tapi...
“Penulis sejati memang menulis dirinya. Tetapi dia juga manusia … yang punya kekuatan dan kelemahan, kebaikan dan keburukan, pada hal khalayak pastinya inginkan yang baik-baik dan indah-indah sahaja. Lalu dia terus bermujahadah… menulis kebaikan sekalipun belum sepenuh dimilikinya dan dia akan “memendamkan” kejahatan dengan penuh kesedaran bahawa dia sedang berjuang untuk membuangnya. Dia ingin menghidangkan yang terbaik tanpa menjadi seorang munafik!” (Ustaz Pahrol)

dijumpai dari sini: klik

No comments:

Post a Comment