Tuesday, April 26, 2011

tak salah

bismillah,

kadang-kadang, tak salah pun nak buat sesuatu benda. atau tak buat sesuatu benda. contohnya, macam simpan generator hasil projek 2nd year, atau kotak coklat pemberian adik-beradik. tapi bila nak pindah, mahu minimizekan barang, barangan tak berguna seperti itu akan dibuang kesemuanya. untuk mengurangkan beban di saat every ounce makes a difference.

tak salah nak simpan harta banyak-banyak, tapi di hari akhir nanti, Rasulullah saw kata itu melambatkan proses masuk syurga, maka abdurrahman bin auf radhiyallahu'anhu terus menginfaqkan kesemua 700 unta miliknya yang penuh dengan barang dagang dan baru sahaja tiba ke kota madinah. (padahal masuk syurga lambat je, bukan tak masuk langsung).



banyak benda yang kita buat sehari-hari, tak salah pun. cuma harapnya, di hari akhir nanti, amal itu tidak menjadi sekadar penambah beban, tanpa memberi sebarang manfaat untuk menyebelahi timbangan amal baik kita. hu. doakan diri ini dan semua umat islam yang lain.

No comments:

Post a Comment