Saturday, June 18, 2011

berhenti menangis!

bismillah,

pernah tak, orang sekitar tak bagi anda beremosi? tak bagi anda bersedih? and they are serious about it. kadang-kadang, disebabkan kita dah beremosi overboard. maka orang lain cuba merasionalkan kita, dengan tak bagi nangis. tapi kadang-kadang, sebab orang tak nampak how we are affected by one incident, especially kalau kita third party, dan bukan orang yang directly diuji.

fuh berbelit. contohnya, sebuah rumah terbakar. kalau mengikut rasional, hanya si bapa yang boleh bersedih sebab dia yang berpenat lelah bayar loan rumah. tapi realitinya, seluruh keluarga akan turut bersedih kan? dalam contoh ni, agak obvious bahawa sangat tak adil untuk tak bagi si anak turut bersedih atas kehilangan rumah. maka shouldn't it be the same way for other tragedies as well?

newbrunswick, reading week 2011
 setiap tragedi yang berlaku, PASTI orang lain akan turut affected. family members, for example. kalau tak, takkan ada buku nipis "autism and me:siblings stories" berharga RM90++ di kinokuniya. tapi masyarakat, hanya tahu marah, suruh berhenti menangis, dan mempersoalkan, "how are you affected?".

baru ini, sang naqibah menceritakan kisah seorang wanita palestina. tentera zionis menceroboh masuk rumah beliau, untuk mencari suaminya. namun hanya dia dan anak-anaknya yang berada di rumah.

melihatkan tentera zionis mengganas, anak-anak kecil mula menangis. tahu apa si ibu buat? dia marah semua anak-anaknya, menyuruh mereka berhenti menangis! "berhenti menangis, ini rumah kita! zionis itu yang menceroboh, mereka yang buat salah, mereka yang patut menangis!" marahnya berulang-ulang.

nampak simple kan? tapi anak-anak beliau masih kecil! cuba kalau adik kita tengah menangis, tengah marah macam mana sekalipun, bila mereka menangis, pasti akan cair hati dan terus nak peluk.

wanita ini sangat hebat, thus automatic didikannya pada anak-anak juga hebat.

maka tak malukah kau, wahai atiqah, untuk emo bila tak dibenarkan menangis, sedangkan anak-anak kecil palestina ini tidak dibenarkan menangis sejak kecil!

ini tarbiyyah dari Allah juga. mari directkan semua emosi itu, menjadi energy yang positif.

wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment