Wednesday, June 1, 2011

core business

bismillahirrahmanirrahim,

pagi-pagi, adik-adik ku punya kuasa veto terhadap channel tv sementara mereka bersiap ke sekolah.

 
dan pagi tu, afifah pilih untuk tengok oasis. tajuknya mengenai azab kubur. seorang pakcik yang berbakti pada kampung dengan niat yang salah, (mahu di notice oleh masyarakat) yang kemudiannya di aibkan sewaktu pengebumian jenazah.

simple sahaja bukan?but it affected me, membuatkan aku muhasabah niat dan gerun sekejap.

and then it occured to me, sungguhlah, medium-medium lain, ada juga sumbangannya. walau mungkin tidak akan ada follow up, sekadar tersedar beberapa minit, dan mungkin tidak akan mengubah diri pun.

tapi ia tetap ada memberi kesan. maka walau kita beriman bahawa core business kita adalah tarbiyyah dengan usrah dan liqa', kita tidak boleh menolak terus perjuangan ikhwah akhawat lain, yang menggunakan medium berbeza.

medium kami adalah meniup belon!
medium kami adalah presentationS!
teringat pada nasihat naqibahku, yang menasihatiku semasa long drive kami yang pertama. pertama kali hanya berdua. (iya, atas tadi hanya intro).

ku ceritakan dalam bentuk analogi, harap sampai mesejnya.

aku ada gerai pisang goreng. pisang goreng, adalah core business ku. satu hari, teman rapatku, yang tahu misi dan visi ku mendirikan gerai tersebut, datang berkunjung. memandangkan aku tak cukup kaki dan tangan untuk menguruskan gerai, aku meminta bantuan dia untuk ambil order pisang goreng, bancuh tepung pisang goreng, atau menggoreng pisang goreng. tak kisahlah mana-mana. asalkan memenuhi hak pelanggan untuk dapat pisang goreng. namun dia sibuk dirikan papan iklanlah, bancuh air sebagai jualan tambahan lah, dirikan sign kedai, etc.

maka aku berang. habiskan lah goreng pisang goreng dahulu, penuhi dahulu hak pelanggan untuk dapat pisang goreng. baru boleh sibuk fikirkan hal-hal lain.
Skill memandu beliau sangat hebat!
namun kata naqibahku, tenanglah, bersabarlah. sesetengah orang itu, memang logamnya dalam marketing, logamnya memang dalam mendirikan sign kedai, dalam hal-hal teknikal, dan bukannya menggoreng pisang goreng, walau itu crucial kerana itulah core business kita.

sebagaimana syed qutb dan imam hassan albanna, keduanya hebat. tapi peran mereka berbeza. seorang orator, seorang lagi narrator. kita kena benarkan semua orang menyumbang mengikut kapasiti mereka, kerana lumrah, bila dia nampak dia dapat menyumbang secara direct, maka akan thabatlah dia atas jalan ini.

logamku adalah melukis peta!
memang ya, ini core business kita, mereka harus cuba juga boleh mengasah skill menggoreng pisang. tapi jika tetap tidak dapat, maka kita sediakanlah ruang kepada mereka, untuk turut berbakti. jangan kerana ego, kita menidakkan keperluan marketing. memang perlu pun bukan?walau bukan prioriti paling aula? benarkan mereka menyumbang dalam kapasiti mereka. berlapang dadalah.

then it would be a win-win situation. inshaAllah.Allahu a'lam

p/s:dah lama tak tulis macam ni.
pp/s:caption adalah tipu belaka, kecuali tentang driving skill sang naqibah.

No comments:

Post a Comment