Friday, June 3, 2011

UA

bismillah,

duluuuu saya pernah tulis, kalau nak pelihara anak-anak sendiri, maka binalah individu muslim, supaya masyarakat muslim terbina, dan anak-anak kita akan live in a healthy environment. oh sungguh idealis bunyinya bukan?

mari membina batu bata!
tapi baru ini, bila hadir ke program dua kolej persediaan yang berbeza, A dan B, saya melihat perkara ini menjadi realiti.

tarbiyyah di kolej A sungguh pekat dan qawiy. manakala B masih terkedek-kedek baru hendak bermula (nobody's fault, lokasinya memang kekurangan tenaga akhawat, dan sudah ketetapan Allah begitu).

maka tidak dapat tidak, saya sangat berharap sepupu saya yang tika itu menunggu keputusan temuduga, akan mendapat tawaran ke kolej A, supaya dia terjebak dan terperangkap dengan kancah tarbiyyah biiznillah (berdasarkan probability). manakala jika dia pergi ke kolej B, probability untuk larut bersama jahiliyyah lebih tinggi.

maka anda bayangkan sahaja, jika seluruh alam menjadi seperti kolej A, kita tidak perlu risau lagi bukan?semua orang akan tak dapat lari dari tarbiyyah, maka akan 'ter'jadi individu muslim. maka amanlah dunia, dan itulah ustaziatul alam yang kita impikan. idealist much? well saya sudah menyaksikannya on a much smaller scale, di kolej A.

err, tapi syed qutb kata, walaupun agama ini dari Allah, Allah akan pelihara, magis tidak akan terjadi dengan tiba-tiba Islam ini menang tanpa penganutnya berjuang memenangkannya. maka harus ada kumpulan yang berusaha memenangkannya. jom jangan hanya jadi penonton?

No comments:

Post a Comment