Tuesday, August 23, 2011

aku&IM 2

bismillah,

lagi kisah dalam buku ni yang mengesankan aku.

ketika palestin diceroboh, IM hantar pasukan mujahideen untuk berjihad di sana. Tapi, pelajar sekolah tak dibenarkan pergi, unless dapat recommendation letter dari mursyidul am sendiri, Imam Hassan Al-Banna (IHAB).

Seorang pelajar sekolah menengah, Abdul Wahab nak sangat-sangat pergi. Maka dia tegar untuk pergi juga ke Kaherah berjumpa dengan IHAB. Sedangkan kita, mungkin melihat syarat yang ketat itu, (mursyidul am is the top person in IM) akan tunggu sahajalah sehingga cukup umur dan tamat sekolah menengah. Tapi kerinduannya untuk syahid dan bertemu dengan Allah tidak dapat di tahan lagi.  Nak time tu jugak.

Akhirnya dia dapat juga kebenaran dari IHAB. Tapi ada halangan lain pula. Ibunya tak benarkan dia pergi. Maka para ikhwan (termasuk Sh Yusuf Qardhawi sendiri) berkunjung ke rumah beliau, berjumpa dengan ibunya, memujuk, memujuk, dan bercerita, sehingga akhirnya sang ibu membenarkan Abdul Wahab pergi.

Tercapailah hasrat Abdul Wahab untuk jihad fisabilillah, dan dia akhirnya memperoleh asma amanina (cita-cita tertinggi) nya, yakni mati syahid.

Aku terkesan dengan cerita ni, bukan hanya sebab keazaman Abdul Wahab untuk pergi buat sesuatu amal sedangkan lautan alasan yang valid berada depannya, menanti untuk digunakan. Tetapi paling terkesan atas prihatinnya para ikhwan terhadap sesama mereka. bila mak tak bagi, mereka datang rumah kita, tolong pujuk mak untuk bagi kita keluar.


ahamdulillah, ia diteladani hingga kini (aku pernah menulis tentangnya di sini, dalam entry 'supersaiya'). I guess semua orang yang pernah berada di tempat itu (mak tak kasi keluar) akan menghargai betapa sweetnya ikhwah akhawat sanggup datang rumah kita, tebal muka, semata-mata untuk bermanis mulut pujuk mak kita untuk bagi kita keluar. Cakap dengan orang tua dahlah tak senang, kena luas pengetahuan general knowledge terutamanya (eh eh muthaqqafulfikri!), sebab mereka banyak tanya.

alhamdulillah 'ala hazihi ni'mah (SEMUA puji hanya untuk Allah untuk nikmat ini) !

P/s: Merasakan kisah assyahid Abdul Wahab ini turut ada zaman ini. Mus'ab Muzahar mungkin? Semoga semua ahli kontinjen Aqsa2Gaza2 mendapat syahid. inshaAllah.

No comments:

Post a Comment