Tuesday, August 16, 2011

dosa=quicksand

bismillah,

saya merasakan dosa tu macam quicksand. sekali terjerumus, kita akan terus disedut, ditarik masuk jauh lebih dalam. tarikan ke dalam itu membuatkan usaha yang kita buat untuk melepaskan diri terasa amat sukar dan melelahkan, seperti kata syaikhul wiki,"to remove a foot from quicksand at a speed of .01 m/s would require the same amount of force as that needed to lift a medium-sized car."

maka seringkali orang yang 'terjebak' dalam quicksand akan terus-menerus tertimbus. Kita selalu dengar hadith tentang dosa menambahkan titik hitam di hati kita kan?Allah pun cakap, "mata hati mereka telah diselaputi kekotoran, dengan sebab (perbuatan kufur dan maksiat) yang mereka kerjakan" 83:14. 


Bila hati ada titik hitam, hati makin liat nak buat baik. nak angkat selimut untuk tahajjud time iman tak sihat sama berat macam angkat a medium-sized car maybe?


bila dah liat nak buat baik tu, takde amal yang boleh padamkan titik hitam tu. dalam masa yang sama, titik hitam makin bertambah. 


bila dah macam ni, nak buat amal banyak untuk counteract titik hitam pun, rasa macam hopeless. the only way, is to kikissss semua titik (by now dah jadi selaput) hitam tu by force.

macam mana?

dengan ramadhan. ayuhhh tinggal 13 hari. huargh.

p/s:baca ini buat saya rasa mahuuu maghfirah Dia.

No comments:

Post a Comment