Tuesday, September 20, 2011

aku&IM 3

Bismillah,

Of blogs.

Sudah masuk tahun ke 4 aku menggunakan url ini. Ada ups and downnya, itu pasti. Pernah, aku sangat tidak percaya kepada medan ini. Mana tidaknya, ia tidak direct bergaul kepada mad'u. Ia hanya komunikasi satu hala, tanpa menitikberatkan feedback dari pembaca. Tanpa ada follow up pada hati yang tersentuh. Dan jika kita menulis berdasarkan apa yang KITA rasa, ia tidak memberi apa yang diperlukan sang mad'u, tidak memenuhi keperluan mereka. Macam buat program untuk adik-adik, cakap suka hati apa kita nak cakap tanpa address hadaf. Kemudian tak minta feedback mereka. Horror bukan?

Lagi pula sering menulis untuk meluah rasa, bukan untuk berkongsi rasa. >,<

Nah, apa kaitannya dengan IM? Tahukah kau, walau Imam Asy-syahid Hassan al-Banna itu orator, dia turut menulis? Karya-karya beliau, kebanyakannya adalah artikel-artikel yang dikumpulkan! (berlainan dengan buku-buku Maududi, merupakan isi khutbah beliau yang di transcribe).

Tika itu, ISHAB prihatin dengan masalah kader yang tak suka membaca. Mereka hanya eager menghadam bahan-bahan tarbiyyah yang di hidangkan pada mereka, tidak mencari luar dari itu. Maka beliau menulis makalah, dan di sebarkan kepada semua kader. Beliau address masalah-masalah kader tika itu. Beliau perhatikan apa yang mereka perlukan, dan beliau tulis dengan mereka berada di minda beliau. Memang benar-benar tulis untuk mereka.
DA 2.0, di Abrar
Maka aku benar-benar terkesan, betapa medan menulis itu, boleh berjaya. Ia terletak di tangan penulis itu sendiri. Boleh sahaja blog di manfaatkan seperti makalah-makalah yang ISHAB manfaatkan. Ia boleh jadi satu wasilah yang berjaya, if you decide to work it that way.

p/s: Pernah melihat blogger yang mempublish entry pada kadar masa yang tersusun, dengan tajuk penyampaian yang sangat tersusun. Ia tidak mustahil!

pp/s: Hari-Hari dalam Hidupku  tulisan zainab alghazali aljubaili merupakan sambungan yang sangat baikkkk kepada Aku & IM tulisan yusuf qardhawi. Flow dia terbaiklah.

No comments:

Post a Comment